PERINGATAN BUAT BANGSA MELAYU ISLAM

INGATLAH BANGSA MELAYU ISLAM, KINI KUASA POLITIK KITA KIAN TERHAKIS AKIBAT PERPECAHAN SESAMA KITA. APA YANG TINGGAL UNTUK MEMBUKTIKAN TANAHAIR INI MILIK KITA? BIDANG EKONOMI? TARAF SOSIAL? KUASA POLITIK? PENDIDIKAN? SEMUANYA DI JUARAI OLEH BANGSA LAIN.

SUDAH KUAT DAN SETANDINGKAH KITA DENGAN BANGSA LAIN? BERSEDIAKAH KITA BERTANDING SECARA TERBUKA DENGAN BANGSA LAIN TANPA HAK KEISTIMEWAAN KITA...

FIKIRKAN APAKAH MASIH ADA MASA DEPAN UNTUK ANAK CUCU & GENERASI KITA AKAN DATANG JIKA TERUS LEMAH DAN GAGAL BERSAING... APA AKAN JADI JIKA KITA GAGAL MEMPERTAHANKAN HAK KITA... APAKAH KITA AKAN DITELAN DAN DISISIH SECARA TERANCANG OLEH BANGSA LAIN DI TANAHAIR SENDIRI...

MAHUKAH KITA MENJADI SEPERTI MELAYU SINGAPURA... TERJAJAH, DITINDAS DAN DISISIH DI TANAHAIR SENDIRI... KERANA TERPERDAYA MERELAKAN DIPERINTAH KAUM LAIN (CINA) YANG BUKAN PENDUDUK ASAL... HINGGA HAMPIR HILANG IDENTITI MELAYU ISLAM ITU SENDIRI...

INSAFLAH... KITA HARUS PERTAHANKAN HAK KITA SERTA BERJUANGAN DAN BERSATU DEMI GENERASI KITA AKAN DATANG...


USAH TERLALU ASYIK MEMBERI KELAK KITA TIADA APA LAGI UNTUK DIPERTAHANKAN... BANGUNLAH USAH BERASA RENDAH DIRI DAN MALU LAGI... PERJUANGKAN KETUANAN MELAYU DI TANAH MILIK KITA INI... INI BUKAN BERSIFAT PERKAUMAN

NAMUN ADALAH DEMI MENJADIKAN REALITI SATU BANGSA MELAYU YANG BERJAYA NANTI
.
.
.

SERUAN KEPADA SAUDARA ISLAM KU...


“Tidaklah mereka menjelajah di muka bumi, supaya mereka mempunyai hati yang dapat memikirkan atau telinga dapat digunakan untuk mendengar? Kerana sebenarnya bukan mata yang buta, tetapi yang buta ialah hati di dalam dada.” (Surah al-Hajj, ayat 46)

Saudara Se-Agamaku... Apakah Allah telah menutup pintu hatimu untuk melihat kebenaran???

Apakah Perjuangan mu itu BENAR-BENAR demi ALLAH atau DEMI KUASA???

hingga sanggup mengkhianati BANGSA seagama ISLAM dan merendahkan serta mengorbankan AGAMA ALLAH itu? MasyaALLAH...

Apakah kerana ketinggian Ilmu & darjat dirimu menjadi takbur dan riak hingga menganggap dirimulah yg benar... DIRIMULAH ISLAM dan mereka yang lain tiada hak membuat teguran... MasyaALLAH...

Bagaimana dirimu mahu membawa pengikutmu mengadap ALLAH SWT sedangkan dirimu memimpin ahli mu ke jalan salah...

AGAMA ALLAH digunakan demi sebuah KEKUASAAN walau bersekongkol dengan golongan MUSUH ALLAH... MUSUH ISLAM... KAFIR HARBI... yg telah Allah jelas nyatakan.

INSAFLAH... dengar suara hati mu... akan niat sebenar dirimu... Apa pilihanmu??? Apakah Bangsa & Agamamu??? atau Kekuasaan dengan menghancurkan masa depan generasimu???

JAWABLAH!!!

"Kerana sebenarnya bukan mata yang buta,
TETAPI YANG BUTA IALAH HATI DI DALAM DADA .
” (Surah al-Hajj, ayat 46)...
.
.

TERKINI 22/1/2009 :ISU DITIMBULKAN BUKAN MELAYU PEMBANGKANG - MELAYU ISLAM DI CABAR

TERKINI 22/1/2009 :ISU DITIMBULKAN BUKAN MELAYU PEMBANGKANG - MELAYU ISLAM DI CABAR
KLIK GAMBAR UNTUK MELIHAT SENARAI ISU

TERKINI 22/1/2009 :ISU DITIMBULKAN BUKAN MELAYU DALAM BN SENDIRI : UGUTAN PADA MELAYU

TERKINI 22/1/2009 :ISU DITIMBULKAN BUKAN MELAYU DALAM BN SENDIRI : UGUTAN PADA MELAYU
KLIK PADA GAMBAR UNTUK MELIHAT SENARAI ISU

TERKINI 22/1/2009 :ISU PEMBANGKANG MELAYU ISLAM YANG MENGHAKIS HAK MELAYU ISLAM

TERKINI 22/1/2009 :ISU PEMBANGKANG MELAYU ISLAM YANG MENGHAKIS HAK MELAYU ISLAM
SILA KLIK GAMBAR UNTUK MEMBACA SENARAI ISU

TERKINI 22/1/2009 : HAK MELAYU YANG TELAH DI HAKIS

TERKINI 22/1/2009 : HAK MELAYU YANG TELAH DI HAKIS
SILA KLIK GAMBAR UNTUK MEMBACA ISU

CAPAIAN ARTIKEL

Thursday, January 7, 2010

PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH OLEH KRISTIAN : KENAPA UMMAT ISLAM MENENTANG


Salam Pejuangan...

Jelas Tepat Dan Padat... itu sahaja yg dapat saya simpulkan dari kenyataan YB Zulkifli Noordin dan sebagai perkongsian saya siarkan artikel beliau yang bertajuk "ALLAH KRISTIAN?" (boleh dirujuk DISINI)

Salam 2 all.

Apakah dia isu yang ada dihadapan kita. Isunya mudah. Segelintir puak Kristian diwakili oleh akhbar Herald menuntut menggunakan nama "ALLAH" dalam bentuk ALLAH itu Tuhan Satu Dalam Tiga-konsep Triniti yang fundamental kepada kefahaman ketuhanan Kristian terutamanya Katholik. Ringkasnya, mereka mahu menggunakan nama ALLAH dalam bentuk kufur dan syirik. Tidak ada lagi yang lebih jelas daripada itu.

Persoalannya, adakah kita redho dan terima penggunaan nama ALLAH dalam bentuk syirik itu? Iaitu ALLAH itu Tuhan Bapak, Tuhan Anak dan Roh Suci?

Bagi orang yang beriman dan jelas Islamnya, jawapannya mudah..TIDAK, kita tidak akan sama sekali redho dan setuju ALLAH dipersekutukan dengan konsep triniti yang dipercayai oleh Kristian!

Kerana apa. Kerana ALLAH itu adalah Ahad, Maha Esa..SATU!! Mempercayai, meredhoi dan bersetuju ALLAH itu ada sekutunya adalah syirik dan membawa kepada kekufuran. Sebab itulah 'ulama' yang imannya jelas dan ikhlas saperti Sahibul Fadhilah Dato' Dr. Harun Din menyatakan jawapannya jelas, bagi mereka yang redho dan setuju dengan segelintir Kristian yang mahu mensyirikkan ALLAH ini maka mereka sendir adalah kufur dan syirik!

Apa guna kita pergi sampai ke zaman sebelum Islam dan risalah Nabi untuk menegakkan benang basah, bahawa kesemua agama samawi, agama langit, agama wahyu..agama Ibrahim telah menggunakan nama ALLAH sebagai Tuhan. Sebenarnya kesemua Rasul dan Nabi membawa risalah yang sama. Bahawa ALLAH itu satu, sembahlah ALLAH itu! Daripada Nabi Adam a.s sehinggalah Nabi Muhammad saw, risalahnya tetap sama. Dan tiap kali seorang Rasul dan Nabi diutuskan, ianya adalah untuk memperbetulkan kembali 'amalan kufur, syirik dan menyengutukan ALLAH yang dilakukan manusia.

Tiap kali selepas seorang Rasul atau Nabi itu diutus, manusia kembali sesat dan kufur. Mereka kembali mensyirikkan dan menyengutukan ALLAH. Samada dengan mendakwa ALLAH ada anak, ada sekutu atau ada wakilnya. Maka diutuslah lagi Rasul dan Nabi untuk memperbetulkannya.

Begitu jugalah dengan kedatangan Nabi Muhammad saw. Baginda diutus dalam keadaan manusia telah kembali syirik dan kufur kepada ALLAH. Yahudi dengan mendakwa ALLAH ada anak Huzair. Kristian Nasara dengan dakwaan ALLAH ada anak Jesus. Musyrikin Makkah dengan dakwaan selain ALLAH ada Tuhan lain iaitu Latta & Uzza. Kaum Parsi dengan dakwaan ketuhanan matahari dan penyembah api. Dan banyak lagi dakwaan dan rekaan yang pokok pangkalnya mereka tidak lagi mentauhidkan dan mengesakan ALLAH..tetapi mensyirikkan dan menyengutukan ALLAH.
Ditengah-tengah 'amalan syirik dan kufur itulah ALLAH menegaskan siapa itu ALLAH. Melalui Nabi Muhammad saw, penutup segala Nabi, ALLAH menurunkan penegasan didalam wahyu terakhirnya Al Quran, Al Ikhlas: 1-4:"Katakanlah Muhammad, ALLAH itu Satu, Ia merdeka dan tidak bergantung dengan sesiapa, Dia tidak beranak dan tidak diperanakkan, Dia tidak sekufu dan setaraf dengan sesiapa pun!".

Dan Nabi Muhammad saw melaksanakan tugas Baginda, menyampaikan risalah ketauhidan ALLAH. Samada kepada 'ulama' Kristian Waroqah Bin Naufal, Raja Kristian Maharaja Najasyi Habsyah, atau kepada 'ulama' Yahudi Abdullah Bin Salam. Kesemua mereka telah mensyirikkan
ALLAH dengan kefahaman ALLAH ada anak Huzair atau Jesus. Dan setelah menerima da'wah Rasulullah saw, mereka terkeluar daripada kesesatan, dan kembali mempertuhankan ALLAH yang Satu! Allahu hu Ahad!

Sepatutnya kita bila mendengar segelintir Kristian saperti di Sabah yang telah dipesongkan dan dikelirukan bahawa ALLAH itu adalah Tuhan yang punya anak Jesus, bukan kerja kita menambahkan lagi kekufuran dan kesyirikan mereka dengan membenarkan mereka terus tenggelam mempercayai ALLAH itu ada anak Jesus. Tetapi tugas dan tanggungjawab kita ialah pergi kepada mereka dan memperbetulkan tanggapan mereka yang salah dan batil itu. Itulah kerja yang sepatutnya dibuat oleh Jakim, Yadim, Jawi, Jais, Muis dan kesemua para pendakwah, ulama', ustadz, tuan guru dan lain-lain.

Apabila kita gagal melakukannya, sebaliknya redho dan setuju dengan mereka mengkufur dan mensyirikkan ALLAH, dengan memberi alasan tok nenek mereka sebelum Nabi Muhammad datang pun memang telahpun mengkufurkan dan mensyirikkan ALLAH, dan mereka berhak dari segi sejarah, undang-undang atau Perlembagaan, atau atas nama hak asasi manusia, atau lebih teruk lagi atas nama 'political expediency' untuk terus menyatakan ALLAH adalah Tuhan Bapak, Tuhan Anak dan Roh Suci, maka kita dan mereka adalah sama. Kita juga termasuk golongan yang syirik dan kufur kepada ALLAH.

Oleh itu, saya menyeru golongan yang beriya-iya sangat menyokong tuntutan segelintir Kristian melalui akhbar Herald yang mahu menggunakan nama ALLAH dalam bentuk yang syirik dan kufur itu, jangalah kita menjadi golongan pekak, bisu dan buta. Perbuatan kita sekadar menambah kekufuran dan kesyirikan mereka kepada ALLAH. Sebaliknya lebih baik kita bersatu fikiran dan tenaga, mengatur strategi dan siasah, dan merangka tugasan da'wah untuk menembusi mereka dan memperbetulkan tanggapan mereka yang salah dan batil itu.

Adakan dialog dan pertemuan dengan mereka. Bagitahu mereka bahawa paderi dan gereja-gereja di Eropah sendiri menolak penggunaan nama ALLAH menggantikan perkataan 'God' kerana tidak selaras dengan konsep triniti ketuhanan mereka kerana ALLAH itu Satu! Bagitahu mereka bahawa ramai penganut Kristian dan banyak gereja di Malaysia sendiri yang tidak mahu mengaku ALLAH itu God! Tanya mereka apakah Ketua Agama Katholik mereka sendiri Pope Benedict di Vatican bersetuju dengan gantinama God sebagai 'ALLAH'!

Jawapannya jelas, mereka telah terpedaya sebegitu lama dalam mempercayai ALLAH itu Tuhan Triniti. Mereka akan tahu kelak bahawa mereka telah disesatkan oleh segelintir golongan yang sudah sedia sesat. Dan bagitahulah mereka bahawa mereka masih boleh mempertuhankan ALLAH itu..hanya dengan berkata "bahawa ALLAH itu Satu, Ia tidak bergantung dengan sesiapa, Dia tidak beranak dan tidak diperanakkan, Dia tidak setaraf dan sekufu dengan sesiapa pun". Dan serulah mereka kepada mentauhidkan ALLAH dengan lafaz syahadah "Aku naik saksi tidak ada Tuhan melainkan ALLAH, dan Nabi Muhammad itu utusan ALLAH".
Semoga ALLAH mengampuni kita semua dan memberikan kita petunjuk dan hidayahNya. Semoga ALLAH memberikan kita kekuatan dan istiqomah dalam perjuangan mentauhidkan ALLAH dan menyebarkan risalah Islam kepada seluruh manusia.

Wassalam.
Zulkifli Bin Noordin
Rabu
20 Muharram 1431
06 Januari 2010


KEPADA ALLAH KITA BERSERAH

Tuesday, January 5, 2010

KENYATAAN ISU KALIMAH ALLAH HARON DIN DIPERTIKAI


Salam Perjuangan,

Siapakah mereka yang mahu mempertikaikan kenyataan Tuan Guru Haron Din berkaitan isu ini... sekurang kurangnya Tuan Guru ada asas kefahaman mendalam berkaitan isu ini berdasarkan latarbelakang pendidikan beliau.... walau pun ada Ph.D tetap zuhud dengan tidak menggunakan gelaran Dr.

Pemerhatian ana... tuan guru amat berhati-hati mengeluarkan kenyataan... lihat jarang sekali Tuan Guru mengeluarkan kenyataan... dan hanya berbuat demikian jika hal itu maha penting demi Agama dan masyarakat....

Kepada mereka yang merasakan tinggi darjat dan ilmu agamanya... sila cerminkan diri terlebih dahulu... muhasabah kembali diri dan bandingkan diri dengan tuan guru Haron Din... dimanakah adab anda... lama manakah anda hidup di dunia ini... jangan hanya kerana mahu mencari populariti anda menggadaikan maruah dan rasa hormat anda...

Ingatlah pohon hanya akan subur dan merendang dengan struktur kukuh dan bagi PAS Tuan Guru Haron adalah umpama akar tunjang perjuangan... anda umpama ranting yang bercambah megah... JADI USAH LUPA DIRI!

‘Umat Islam sokong keputusan Mahkamah Tinggi adalah kufur’


BANGI: Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din menegaskan, mana-mana umat Islam yang menyatakan sokongan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membenarkan Herald-The Catholic Weekly menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannya boleh membawa kepada kekufuran.

Tokoh ulama itu berkata, melalui kaedah yang dipakai dalam ilmu akidah, tindakan bersetuju dengan penggunaan nama Allah oleh agama Kristian itu membawa maksud menyekutukan Allah kerana agama itu mempercayai tuhan sebagai Triniti iaitu terdiri daripada Tuhan Bapa, Tuhan Anak dan Roh Kudus.

“Dalam Islam, Allah adalah Esa (satu). Kalau ada yang menyekutukan Allah dengan Triniti, maka berlakulah syirik yang membawa kepada kufur. Kalau kita reda dengan yang kufur, kita jatuh kufur sama,” katanya pada sidang media di rumahnya di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas beberapa laman blog termasuk milik pemimpin politik yang menyatakan sokongan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan akhbar mingguan Herald-The Catholic Weekly menggunakan perkataan Allah dalam penerbitannya.

Jumaat lalu, Ahli Parlimen Shah Alam yang juga Yang Dipertua Pas Shah Alam, Khalid Samad melalui blognya menyatakan sokongan terhadap keputusan mahkamah itu atas alasan Allah bukan Tuhan kepada orang Islam semata-mata tetapi Tuhan kepada seluruh alam semesta, termasuk orang bukan Islam dan Rasulullah tidak pernah menghalang penggunaannya.

Haron berkata, walaupun wujud perbezaan pandangan dalam hal siasah dan politik, namun dalam hal berkaitan agama, semua umat Islam mesti bersatu dan berbalik kepada kaedah agama.


KENYATAAN MEMPERTIKAI ULASAN TUAN GURU HARON DIN (DI SINI)

Kenyataan tokoh ulama PAS Datuk Dr Haron Din - yang mengaitkan sokongan kepada keputusan mahkamah kes kalimah 'Allah' boleh membawa kepada kekufuran - dipertikaikan.

Membidas pengamal perubatan Islam itu, Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, Dr Haron patut memberikan pandangan yang rasional dan tidak menafsirkan dengan salah pendapat orang lain.

"Saya hendak tanya Dr Haron, kalau kita dengar orang bukan Islam berkata, 'Allah menciptakan alam', adakah kita hendak ambil tindakan pada mereka?

"Adakah kita hendak suruh mereka kata tuhan lain yang menciptakan alam?" kata bekas mufti Perlis.

Sementara ahli majlis syura PAS, Ahmad Awang pula berpendapat isu akhidah dan keputusan mahkamah merupakan dua hal yang berbeza sama sekali.

"Kefahaman bahawa kalimah Allah itu eksklusif untuk orang Islam sahaja, saya percaya (kefahaman) itu lagi sesat.

“Sedangkan Allah itu tuhan semesta alam, tuhan kepada semua manusia,” katanya, sewaktu diminta mengulas pandangan timbalan mursyidul am PAS.

Dr Haron hari ini dilaporkan berkata umat Islam yang menyokong keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur – membenarkan mingguan Katholik Herald The Catholic Weekly menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannya – boleh membawa kepada kekufuran.

Beliau dipetik berkata, menurut kaedah ilmu akidah, bersetuju dengan penggunaan nama Allah oleh Kristian membawa maksud menyekutukan Allah kerana agama itu mempercayai konsep tritunggal (trinity).


PENGHAKIMAN MEMBENARKAN KALIMAH ALLAH DIGUNAKAN KRISTIAN - YANG ARIF HAKIM LAU BEE LAN - WANTED


Hakim Mahkamah Tinggi, Yang Arif Hakim Puan Lau Bee Lan yang membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh terbitan Herald - The Catholic Weekly telah membuka lembaran baru dalam sejarah undang-undang negara


Pada 31 Disember lalu, Lau membenarkan penerbit majalah itu menggunakan kalimah 'Allah' selepas membenarkan permohonan semakan kehakiman yang difailkan Titular Roman Catholic Archbishop Kuala Lumpur selaku pemohon.

Lau juga mengisytiharkan bahawa keputusan KDN pada 7 Januari 2009 memberikan permit penerbitan kepada Herald dari tempoh 1 Januari hingga 31 Disember 2009 dengan syarat ia dilarang menggunakan perkataan 'Allah' adalah batal dan tidak sah.

Dalam penghakiman lisannya, Lau berkata, Menteri Dalam Negeri dan kerajaan selaku responden pertama dan kedua gagal mengemukakan bukti bahawa penggunaan kalimah 'Allah' dalam penerbitan Herald boleh mengancam keselamatan negara dan menimbulkan salah faham serta kekeliruan di kalangan umat Islam di negara ini.


Beliau berkata, Herald mempunyai hak dari segi perlembagaan menggunakan kalimah itu dalam penerbitannya untuk menyebarkan agama Kristian kepada penganutnya selaras dengan Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa agama lain selain Islam boleh diamalkan dengan aman di negara ini.

Lau mengakui berdasarkan Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan, adalah menjadi kesalahan bagi bukan Islam menggunakan kalimah 'Allah' kepada orang Islam untuk penyebaran agama, tetapi ia boleh digunakan untuk bukan Islam bagi tujuan penyebaran agama kepada bukan Islam.


KESIMPULAN

Mana sensitiviti Hakim ini ???
Apakah hakim ini sengaja membuat keputusan sedemikian untuk "test market" nak tengok reaksi org Islam???
Atau dia sengaja buat-buat buta sebab rasa org Melayu Islam bacul???
Atau ada tangan-tangan ghaib dibelakang hakim ini... sebab kita tahu BAR Council telah terpesong dan kini dipengaruhi pembangkang...
Atau mereka mahu menempah kejadian 13 Mei supaya kembali berulang...

KESABARAN KAMI ADA BATASNYA...
JANGAN CUBA BERMAIN API...


ANALISIS - ISU KALIMAH ALLAH DIBENARKAN PENGGUNAAN OLEH KRISTIAN


WANTED


Hakim Mahkamah Tinggi, Yang Arif Hakim Puan Lau Bee Lan yang membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh terbitan Herald - The Catholic Weekly telah membuka lembaran baru dalam sejarah undang-undang negara

ANALISIS

1. Mengapakah Titular Roman Catholic Archbishop of Kuala Lumpur, Murphy Nicholas Xavier Pakiam, Memohon Semakan Kehakiman No: R1-25-73-2008 Kepada Mahkamah Tinggi?

Untuk memohon perisytiharan bahawa:

a. Keputusan Kerajaan pada 12 Februari 2008 untuk melarang Herald – The Catholic Weekly daripada menggunakan perkataan "Allah" sebagai tidak sah dan batal;
Quote:
(i) That the decision of the Respondents dated 12.2.2008 that the Applicant’s publication permit No. PP 8460/12/2008 (020574) for the period 1.1.2008 until 31.12.2008 is subject to the “ GARIS PANDUAN PENERBITAN” dated 1.3.2007 which prohibits the Applicant from using the word “ALLAH” in “Herald – The Catholic Weekly” is illegal and null and void;

b. Titular Roman Catholic Archbishop of Kuala Lumpur berhak menggunakan perkataan "Allah" di dalam Herald – The Catholic Weekly;
Quote:
(ii) That the applicant is entitled to use the word “Allah”” in “Herald – The Catholic Weekly”;

c. Perkataan "Allah" tidak eksklusif kepada agama Islam.
Quote:
(iii) That the word “Allah” is not exclusive to the religion of Islam.


d. Perenggan 4.1.10 Garis Panduan Penerbitan yang menyatakan "Penerbitan agama selain daripada Agama Islam dilarang menggunakan istilah-istilah khusus agama islam iaitu Allah, Baitullah, Solat dan Kaabah kecuali bagi menerangkan istilah-istilah berkenaan." sebagai batal dan tidak sah.
Quote:
3.5 This application is to quash the said paragraph 4.1.10 of the said “garis panduan” and to declare the same as null and void.


2. Apakah Keputusan Mahkamah Tinggi Mengenai Permohonan Ini?

Hakim Mahkamah Tinggi, Yang Arif Hakim Puan Lau Bee Lan, telah memutuskan pada 5 Mei 2008 bahawa permohonan ini diterima dan semakan kehakiman dibenarkan.

Quote:

5. Decision of the Court : 5.5.2008

5.1 The application was heard by YA Justice Lau Bee Lan and the decision was delivered today.

5.2 The Court overruled our objections and allowed the application for leave.


3. Adakah Permohonan Kebenaran Untuk Mencelah (Intervene) Terhadap Semakan Kehakiman Ini?

Ada.

Permohonan untuk mendapatkan kebenaran mencelah (intervene) terhadap semakan kehakiman ini telah dikemukakan oleh pihak-pihak berikut 1 2:

a. Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIAMP);
b. Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP);
c. Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM);
d. Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP);
e. Majlis Agama Islam Selangor (MAIS);
f. Majlis Agama Islam Kedah (MAIK);
g. Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ);
h. Majlis Agama Islam Melaka (MAIM);
i. Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA);
j. Majlis Gurdwara Malaysia.

Mahkamah Tinggi telah menetapkan tarikh 28 Mei 2009 untuk mendengar permohonan Gereja Katolik bagi mengetepikan permohonan pihak-pihak di atas.1

4. Mengapakah Majlis-Majlis Agama Islam Negeri Memohon Kebenaran Untuk Mencelah (Intervene) Terhadap Semakan Kehakiman Ini?

Dalam satu kenyataan akhbar pada 3 Jun 2008, Zainul Rijal Abu Bakar, Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) yang juga merupakan peguamcara bagi Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIAMP) dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah memberikan sebab-sebab berikut:

Quote:
2. Akibat daripada keputusan semakan kehakiman / deklarasi hak-hak tersebut ialah :-

(i) Membenarkan Gereja tersebut untuk menggunakan kalimah ‘Allah’ di dalam penerbitan buletin Gereja tersebut ‘Herald-The Catholic Weekly’;

(ii) membenarkan Gereja tersebut mandapatkan hak menggunakan kalimah ‘Allah’,

(iii) menyebabkan timbul kekeliruan di dalam beragama yang boleh mengancam keselamatan, keamanan dan keharmonian masyarakat awam dan komuniti Islam.

3. Permohonan mencelah oleh Majlis Agama Islam negeri-negeri adalah wajar untuk mengelakkan sebarang kekeliruan di dalam beragama akibat daripada penggunaan kalimah ‘Allah’, yang mana boleh mengancam keselamatan, keamanan dan keharmonian masyarakat awam serta meyebabkan sensitiviti agama. 3


Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pula:

Quote:
"Pada hemat kami, mengikut Perlembagaan perkara 11(4), menjelaskan bahawa agama-agama lain tidak boleh disebarkan di kalangan orang Islam. Maka peraturan yang termaktub dalam Perlembagaan harus dihormati oleh agama-agama lain. 4


Beliau merujuk kepada Perlembagaan Persekutuan, dalam Perkara 11, Fasal (4), yang menyatakan:

Quote:
(4) Undang-undang Negeri dan berkenaan dengan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang yang menganuti agama Islam.


5. Wujudkah Aktiviti-Aktiviti Pengembangan Kepercayaan Agama Kristian di Malaysia?

Ya, ia wujud. Sebahagian kecilnya ialah:

a. Hope Malaysia
Organisasi ini aktif menjalankan aktiviti-aktiviti khususnya untuk para penuntut IPT seperti UTP, KUSTEM, KUKTEM dan Kolej Matrikulasi Pahang:

Quote:
Gambang is a small town situated 30 minutes driving journey from Kuantan. This town is very near to the MEC city, Kuktem (Kolej Universiti Kejuruteraan Teknologi Malaysia) and Kolej Matrikulasi Pahang. So it is a very strategic place to touch all the matriculation and university students. 5

b. Freedom Life - Church of God
Gereja Pentecostal yang berpusat di Oklahoma, Amerika Syarikat ini telah menghantar mubaligh-mubaligh untuk menjalankan aktiviti church planting di Malaysia Timur:

Quote:
John and Suzie Pickens
Missionaries to Malaysia

John and Suzie are appointed missionaries to Malaysia where they are involved in church planting. Before their appointment, they were teachers in various Bible schools.

Suzie planted a church deep in the interior of East Malaysia before meeting John, who was teaching in East Malaysia. In addition to their work in Malaysia, John and Suzie have ministered together in Singapore and Indonesia. 6


c. MCGM (Malaysian Center for Global Ministry)
Organisasi yang aktif menjalankan latihan untuk mubaligh-mubaligh Kristian dan menjalankan aktiviti pengembangan kepercayaan agama Kristian kepada pekerja-pekerja asing di Malaysia. 7
Pengembangan kepercayaan agama Kristian kepada pekerja-pekerja asing, terutamanya dari Indonesia, diakui sendiri oleh Archbishop of Kuala Lumpur, Murphy Nicholas Xavier Pakiam:

Quote:

In his affidavit, Archbishop Pakiam said, "I am advised by my solicitors that I have a legal right to use the word "Allah" in the HERALD (published by him) and this legal right stems from the right to freedom of speech and expression as enshrined in Article 10 of the Federal Constitution and from the right to profess and practise the Christian faith as enshrined in Article 11 of the Federal Constitution which includes and is not limited to propagating the faith amongst the non-English speaking faithful in Malaysia especially the Indonesians and the Arabic-speaking of the Christian faith." 8


6. Adakah Penggunaan Kalimah 'Allah' Merupakan Kaedah Pengembangan Kepercayaan Agama Kristian?

Ya.

The People of the Book merupakan organisasi yang giat menjalankan pengembangan kepercayaan agama Kristian kepada umat Islam yang boleh bertutur dalam bahasa Sepanyol.

Walaupun mengakui bahawa kalimah 'Allah' di dalam Al-Quran tidak memiliki maksud yang sama dengan 'God' di dalam Bible, organisasi ini berpendapat penggunaannya amat berkesan untuk memurtadkan umat Islam:

Quote:
We believe that it can be very effective to use the Quran as a tool to share concepts that are familiar and acceptable to Muslims, and that support Biblical principles. There are many concepts that are very compatible with the Bible and there are other Quranic teachings that may actually be misunderstood by Christians and Muslims. Of course, the Holy Bible is the only and complete authority for everything pertaining to doctrine and lifestyle.

We believe that it is perfectly acceptable to use the name Allah, both in the Bible that we use to minister to Muslims, as well as materials that we distribute. It is the translation of the word "God" in Arabic. Joshua Massey has written an excellent summary about this topic. This does not mean that Allah in the Qur'an is exactly the same as the God of the Bible. 9


Kevin Greeson, seorang mubaligh Kristian, telah menulis sebuah buku bertajuk The Camel: How Muslims Are Coming to Faith in Christ! yang dijadikan panduan oleh mubaligh-mubaligh International Mission Board (IMB) khusus untuk memurtadkan umat Islam.

Menurut Greeson:

Quote:
In a cross-cultural witness you use the language of the people and you use whatever terminology they have for God. 10


7. Selain Daripada Satu Kaedah Pengembangan Yang Efektif, Adakah Penggunaan Kalimah 'Allah' Diterima Oleh Dunia Kristian?

Tidak.

Kalimah 'Allah' digunakan semata-mata kerana ia adalah satu kaedah yang terbukti efektif untuk memurtadkan umat Islam.

Jika tidak, ia mungkin tidak akan digunakan sama sekali oleh penganut-penganut Kristian kerana ia dianggap sebagai pencabulan (sacrilege) dan kufur (blasphemy). Menurut Sandy Simpson daripada Apologetics Coordination Team:

Quote:
Among the words that cause concern is “Allah.” It's the word Muslims use for the deity they worship, but the Arabic word pre-dated Islam and is also used by Christian Arabs when referring to God - despite the considerable differences in the Judeo-Christian and Islamic conceptions of God. The Iban translation of the Bible uses the term “Allah Taala” for God, while the other banned Christian books, in Bahasa Malaysia and Bahasa Indonesia, also use “Allah” for God. This is thought likely to be one of the problem areas for the Home Ministry. I think the Home Ministry made the right move by lifting the ban. But the language issue is an interesting one. Allah is used interchangeably with Tuhan to mean God in Bahasa Malaysia, but Tuhan is the original Malay word. When my son learns the meaning of an Arabic dua in school, Allahumma (Oh God) is still translated as Ya Tuhan. I don't speak any Iban at all, but I would be very surprised if Allah is the original or preferred word for God, what to speak of Allah Taala (Almighty God), which is rarely heard even among Malays outside of Islamic religious sermons. So why would the Bup Kudus translators go with that translation? It is reminiscent, as Anak_Alam pointed out, of the uproar over Arabic Bibles that began with the Bismillah (that's it in the upper right of the white column on my page), a distinctly Islamic invocation whether it has an intelligible meaning to non-muslim Arabs or not. 11

Yet the deity known as “Allah” to Muslims is not YHWH. 11

Simpson turut membuat kenyataan menghina apabila melabel 'Allah' sebagai tuhan palsu:
Quote:
The false god “Allah” is not the same as the One True God eternally existing in Three Persons Who is YHWH, “I AM”. Allah has no son. 11


Tambah Simpson, penggantian kalimah 'Allah' untuk 'God' di dalam Bible ialah satu kekufuran:
Quote:
Therefore the substitution of Allah for the name of God in the Bible is a sacrilege, a blasphemy. 11


8. Adakah Penggunaan Kalimah 'Allah' Oleh Gereja Disokong Oleh Pemimpin Beragama Islam?

Ya.

Dr. Dzulkefly Ahmad, Ahli Parlimen PAS Kuala Selangor, berkata persoalan mengenai penggunaan nama Allah tidak harus timbul kerana telah diakui dalam Al-Quran bahawa kalimah Allah turut digunakan oleh bukan Islam. 12

Ahli Parlimen PAS Shah Alam, Khalid Abdul Samad, menyokong pandangan Dzulkefly dengan membaca sepotong ayat Al-Quran yang menunjukkan orang bukan Islam mengakui bumi ini diciptakan Allah. 12

Dzulkefly dikatakan merupakan ahli Parlimen beragama Islam pertama yang mengunjungi sebuah gereja di Malaysia. Beliau mengakui bahawa beliau mengunjungi Gereja St. Paul The Hermit di Ijok pada 16 Mac 2008, kurang 2 minggu selepas PRU ke-12. 13

Khalid Abdul Samad kemudiannya mengunjungi Roman Catholic Church of the Divine Mercy di Shah Alam pada 27 Mac 2008 dan memberikan kebenaran kepada Gereja untuk menggunakan kalimah 'Allah'.

-------------------------------------------------------------

1. "Kristian boleh guna 'Allah'," 28 Februari, 2009,
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0228&pub=Utusan_Malaysia&sec=Mahkamah&pg=ma_01.htm

2. "Isu Penggunaan Kalimah Allah oleh Pihak Gereja," 3 Jun, 2008,
http://peguamsyarie.blogspot.com/2008/06/isu-penggunaan-kalimah-allah-oleh-pihak.html

3. "Kenyataan Akhbar Peguam Kes Kalimah ‘Allah’," 6 Jun, 2008,
http://jasa-my.org/v2/?p=71

4. "Elaun Guru Kafa Wilayah Persekutuan Naik 100 Peratus," 24 Januari, 2009, http://www.bernama.com.my/bernama/v3/bm/news.php?id=385905

5. "Mission," http://www.hopemalaysia.org/mission/mission_local.aspx

6. "Missions - The Heart of Our Great Commission," http://www.freedomlifecog.org/Missions.html

7. "Five Primary Tracks of MCGM," http://www.mcgm.net.my/primary_tracks.htm

8. "Herald Goes to Court," Mei, 2008, http://www.archway.org.my/news.asp?Year=2008&Month=5

9. "Strategy," http://www.thepeopleofthebook.org/strategy.html

10. "Is Camel Method leading thirsty world to oasis of truth?," 7 Jun, 2007, http://www.christianindex.org/3313.article.print

11. "“Blasphemizing” the Bible," Julai, 2006,
http://www.deceptioninthechurch.com/blasphemizingthebible.html

12. "Taib Azemuddin Jelas Penggunaan Nama Allah," 5 Mac, 2009,
http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=394352

13. "Dzulkefly may be the first Muslim MP at a Catholic Mass," http://www.themalaysianinsider.com.my/index.php/malaysia/5660?task=view

14. "The day Catholics welcomed a man from PAS in Shah Alam,"
http://www.themalaysianinsider.com/index.php/malaysia/5661-the-day-catholics-welcomed-a-man-from-pas-in-shah-alam



NAMA ALLAH - HAK DAN HAKIKAT


Antara nama dan hakikat

AKHIRNYA mahkamah memutuskan bahawa gereja Kristian 'berhak' menggunakan kalimah 'Allah' bagi merujuk kepada Tuhan yang disembah oleh mereka.

Pastinya mereka telah mengemukakan hujah mereka bagi mempertahankan 'hak' itu, dan tidak kurang juga golongan Muslim sendiri termasuk golongan ustaz-ustaz yang memperakui kebenaran hujah itu serta menyokongnya pula.

Di kalangan mereka ialah ustaz-ustaz politik yang hanya melihat keuntungan politik ekoran masalah ini. Akibatnya, belum pun mahkamah memutuskan apa-apa umat Islam di negara ini sudah berkecamuk fikirannya dan berpecah-belah pandangannya.

Hujah utama yang dikemukakan bagi mempertahankan hak orang Kristian itu ialah bukti sejarah, bahawa kalimah Allah telah digunakan oleh orang Arab semenjak sebelum Islam, dan terus digunakan oleh orang Arab Kristian khususnya sehingga kini.

Justeru, mereka berhujah kaum Muslimin, lebih-lebih lagi di Malaysia ini, tiada hak untuk melarang penggunaannya.

Sebelum kita mematahkan hujah yang dikemukakan itu perlu dinyatakan dua perkara dasar: pertama, bahawa isu ini berkait dengan penggunaan kalimah 'Allah' dalam bahasa Melayu, yakni salah satu bahasa yang tergolong dalam rumpun bahasa Islam.

Kedua, hak menggunakan sesuatu kalimah hanya sah apabila hakikat yang dirujuk dengan kalimah itu tidak lain daripada kenyataan yang dimaksudkan oleh kalimah itu. Justeru menjadi kesalahan bagi seseorang yang meletakkan gelaran Ir. di hadapan namanya jika dia bukan seorang jurutera, dan dia tidak boleh mendakwa itu haknya.

Hujah di atas boleh dipatahkan dengan jawapan-jawapan berikut.

Pertama: kalimah Allah adalah nama khas, bukan kata terbitan daripada mana-mana perkataan Arab. Justeru, ia bukan boleh digunakan sebagai kata ganti bagi menterjemahkan sesuatu perkataan daripada bahasa lain.

Sebagai bandingan seorang yang bernama Mr. Black tidak boleh ditukarkan namanya kepada Encik Hitam kalau kita berbicara tentangnya dalam bahasa Melayu kerana nama itu adalah nama khas yang merujuk kepada orang yang tertentu.

Kedua: memang benar kalimah itu telah sedia wujud dan digunakan oleh orang Arab semenjak sebelum Islam, akan tetapi itu tidak bermakna mereka memahami maknanya yang hakiki.

Sebaliknya mereka telah mensyirikkan maknanya sehinggakan kalimah Allah yang mereka sebut itu sudah hilang hakikatnya, yakni mereka menyebut Allah, tetapi mereka maksudkan yang lain.

Contohnya: sekiranya yang dimaksudkan itu ialah Tuhan yang beranak atau diperanakkan maka itu bukanlah Allah, kerana Allah Maha Esa, tidak beranak mahupun diperanakkan.

Sekiranya mereka berkeras dengan pendapat mereka walaupun setelah nyata kebenaran, maka itu adalah pendustaan dan kekufuran. Justeru al-Quran mengisytiharkan: "Sesungguhnya kufurlah orang-orang yang berkata bahawa Allah itu satu dari tiga" (al-Ma'idah: 73).

Mereka kufur kerana apa yang mereka katakan tentang Allah itu tidak benar, dengan kata lain apa yang mereka maksudkan itu pada hakikatnya adalah pendustaan terhadap Allah.

Ketiga: kedatangan Islam adalah bagi menyucikan kalimah itu daripada penyelewengan makna yang telah berleluasa dan berlarutan zaman-berzaman. Justeru Islam datang dengan kalimah tayyibah (kalimah yang elok): la ilaha illallah, yang mengandungi penafian segala kepalsuan yang dinisbahkan kepada Allah dan pengisbatan bahawa yang layak disembah hanyalah Allah.

Adalah jauh daripada kebenaran mereka yang mendakwa Islam tidak pernah melarang sesiapa pun menggunakan kalimah Allah. Bukankah syirik kemungkaran terbesar yang diperangi oleh Islam? Sesiapa pun yang mensyirikkan Allah pada hakikatnya telah memalsukan makna kalimah itu walaupun mereka tetap menuturkan kalimah itu dengan lidah mereka.

Keempat: oleh kerana bahasa Melayu adalah bahasa Islami, makna yang diisbatkan bagi kalimah 'Allah' ialah makna yang dikehendaki oleh al-Quran.

Justeru, usaha memberikan makna yang lain bagi kalimah itu mesti dianggap sebagai usaha merosakkan keaslian bahasa Melayu, dan oleh itu menjadi tanggungjawab orang Melayu dan kerajaan yang dipimpin mereka memelihara kesucian bahasa mereka agar tidak dicemari oleh unsur-unsur asing yang boleh mengelirukan pandangan hidupnya.

Dalam kekalutan menghadapi acahan ini kita melihat langkah sumbang para ustaz yang diharapkan oleh masyarakat untuk meleraikan kekeliruan mereka. Seorang ustaz berkata: bahasa dan kalimah yang disebut tidak penting dalam soal akidah Islam.

Daripada ustaz ini harus dituntut penjelasan apakah perbezaan antara kalimah yang baik (kalimah tayyibah) dengan kalimah yang keji (kalimah khabithah) kerana al-Quran sendiri membangkitkan persoalan ini (Ibrahim: 24-27), dan menegaskan bahawa "Allah menetapkan hati orang-orang yang beriman dengan kata-kata yang sabit (yakni la'ilaha illallah) dalam kehidupan dunia dan akhirat, dan Allah menyesatkan orang-orang yang zalim".

Apa yang ustaz itu katakan adalah suatu kekeliruan kerana akidah yang benar tidak boleh dipisahkan daripada kalimah yang benar. Alangkah berlawanan sekali apa yang dikatakan itu berbanding seruannya agar umat Islam kembali kepada al-Quran dan Sunnah sedangkan apa yang tercatat pada kedua-duanya itu tidak lain daripada kalimah-kalimah!

Ustaz yang sama juga dengan semberononya menyalahkan ilmu kalam sebagai punca kelemahan akidah kaum Muslimin hari ini. Pada hakikatnya para ustaz yang jahil ilmu kalam seperti beliaulah yang menjadi punca kemerosotan pemikiran Muslim hari ini.

Lantaran kejahilan mereka sendiri, telah memusuhi ilmu kalam dan ahlinya (mutakallimun) yang banyak berjasa itu. Bagaimana boleh dimusuhi ilmu yang memberikan keahlian kepada seseorang bagi memahami Kalam Allah?

Para mutakallimun adalah orang yang amat menginsafi hakikat bahawa bahasa tidak boleh dipisah daripada akal. Justeru al-Quran diturunkan dalam bentuk bahasa kepada makhluk Allah yang berakal kerana hanya yang berakal mampu memahami dan memanfaatkan bahasa.

Sebagaimana Allah mengajarkan kita agamanya dengan perantaraan bahasa, demikian jugalah kita menyampaikannya kepada seluruh manusia. Adakah bahasa yang lebih baik daripada yang disusun menurut tertib berfikir yang sihat? Kerana bahasa juga boleh dijadikan alat menyebarkan pemikiran dan akidah yang sesat.

Di sinilah sumbangan besar ilmu Kalam dan para mutakallimun. Mereka mara ke hadapan menghadapi ancaman pemikiran asing menggunakan bahasa bertertib logik bagi mengisbatkan tauhid dan menghancurkan syirik.

Syirik dalam bentuk penyembahan berhala amat mudah difahami walaupun oleh si badwi yang hidup berkelana di padang pasir. Akan tetapi Islam bukan diturunkan hanya untuk orang yang tahap pemikirannya seperti si badwi itu.

Allah mengangkat darjat orang-orang yang beriman dan dikurniakan ilmu kepada darjat-darjat yang berbagai (al-Mujadalah: 11) kerana tahap akal dan kefahaman mereka tidak setaraf.

Persoalan yang mendasari perbezaan antara agama khususnya antara agama Islam dan Kristian memerlukan kefahaman yang mendalam terhadap dasar-dasar pemikiran, yakni falsafah.

Asas-asas pemikiran yang mendasari kebudayaan Barat yang begitu berpengaruh pada hari ini juga adalah berakar-umbikan falsafah. Justeru, bagi menghadapi mereka, ilmu kalam dan tradisinya perlu dihidupkan kembali bukan diperangi dan diperlekehkan.

Unsur-unsur syirik yang terkandung dalam falsafah dan ideologi tidak mungkin difahami oleh si badwi dan orang-orang yang memiliki tahap pemikiran setaraf dengannya.

Demikian jugalah tauhid, ia hanyalah omongan kosong jika diserahkan pengajarannya di tangan orang yang bukan sahaja tiada kewibawaan tetapi juga terlalu bongkak untuk mengenali dan mengakui empunya wibawa yang sebenar. Inilah masalah sebenar kita.

PENULIS ialah Fellow Pusat Syariah, Undang-undang dan Sains Politik, Institut Kefahaman Islam Malaysia


KALIMAH ALLAH - KRISTIAN/ BANGSA LAIN UJI KESABARAN MELAYU ISLAM


Kalimah Allah: Uji tahap kesabaran Melayu?

IPOH 3 Jan. - Tindakan pihak tertentu yang berusaha untuk menggunakan kalimah Allah dalam agama lain dilihat sebagai antara langkah terbaru mereka ke arah mengikis satu lagi milik agama Islam dan orang Melayu di negara ini.

Sambil mengingatkan kumpulan terbabit jangan 'bermain api', Presiden Gagasan Melayu Perak (GMP), Datuk Seri Mohd. Hilmi Ismail berkata, usaha jahat itu tidak akan berjaya jika seluruh orang Melayu bersatu.

Tegas beliau, perkembangan yang berlaku seolah-olah ada pihak-pihak tertentu yang sengaja mahu menguji tahap sebenar kesabaran orang Melayu.

''Jangan mencabar kesabaran orang Melayu kerana ia akan mengakibatkan perkara buruk berlaku.

''Saya lihat penggunaan kalimah Allah ini lebih kepada tersirat daripada tersurat, mereka bukan hendak sangat menggunakannya tetapi ini adalah usaha mengikis segala milik Islam dan orang Melayu," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, selain mempertikaikan soal-soal fizikal seperti isu pembinaan masjid dan sebagainya, modus operasi mereka juga akan 'mengusik' perkara-perkara kerohanian atau yang bersangkutan dengan agama.

Sehubungan itu, menurut Mohd. Hilmi, adalah penting apabila orang Melayu tanpa mengira fahaman politik segera bersatu bagi mempertahankan penggunaan kalimah Allah sebagai hak mutlak agama Islam.

''Inilah angkaranya kalau orang Melayu berpecah-belah dan lemah. Marilah kita bersatu demi memperjuangkan kebenaran dan hak Islam," tegas beliau.

Semalam, Timbalan Presiden Pas, Nasharruddin Mat Isa berkata, kebenaran penggunaan kalimah Allah yang diberikan kepada orang bukan Islam bukanlah isu politik sebaliknya satu pencerobohan terhadap agama rasmi negara ini.

''Keputusan mahkamah itu bukan sahaja melanggar peruntukan Perlembagaan Persekutuan malah melanggar akidah umat Islam dan ini tindakan yang tidak dapat diterima.

''Dalam hal ini, seluruh umat Islam perlu bersatu membantah kebenaran yang diberikan selain menyokong rayuan yang akan dilakukan Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Dalam Negeri terhadap keputusan itu," katanya.

Menurut Mohd. Hilmi, walaupun Melaka pernah menjadi tumpuan para mubaligh Kristian lebih 600 tahun lalu namun, tidak pernah dicatatkan wujud usaha untuk menggunakan kalimah Allah bagi tujuan penyebaran kepercayaan mereka.

''Mengapa sekarang baru hendak digunakan? Ini bermakna mereka ada agenda lain yang tersirat daripada tersurat yang dimaksudkan tadi," jelas beliau.

Selaku pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mewakili orang Melayu, GMP katanya, akan mengambil beberapa tindakan termasuk mengadakan perjumpaan dengan semua NGO Melayu dan pakar-pakar seluruh negeri pada 16 Januari ini.

Tujuan perjumpaan itu, jelas beliau, adalah untuk membincangkan hala tuju dan cabaran-cabaran terkini yang dihadapi oleh orang Melayu.

''Kita juga meminta supaya Majlis Raja-Raja Melayu dapat membuat suatu persidangan bagi membincangkan isu ini sebelum ia terus melarat," katanya.




MARI BERJIHAD - MENG " ESA " KAN 1 ALLAH



KEDATANGAN tahun baru 2010 kali ini sememang agak tidak menyenangkan. Satu dekad telah berlalu dalam abad baru, bermula dengan episod 11 September 2001 khasnya, telah meletakkan umat Islam dalam keadaan bercelaru.

Sekali gus mereka dicap sebagai ‘pengganas’ dan dikenakan berbagai tindakan seolah-olah sebagai seorang bersalah.

Kem Guantanamo dihidupkan semula khasnya untuk mengurung siapa sahaja yang disyaki, asalkan ada alasan untuk berbuat demikian. Presiden Amerika Syarikat ketika itu, sama ada sengaja atau tidak, menggunakan istilah perang salib apabila mengisytihar ‘peperangan kepada pengganas.’

Walaupun ini cuba diredakan kemudian, namun tujuan sebenar ‘peperangan’ tersebut sudah jelas, dan ini ternyata dari tindak-tanduk berikutnya, termasuk banyak kes penganiayaan berkaitan.

Dengan terpilihnya Presiden Barack Obama, dan janji-janjinya untuk memperbaiki dan memulih keadaan khususnya dengan dunia Islam, jelas membuktikan kemerosotan hubungan telah pun berlaku sebelum itu. Malangnya Obama kini terperangkap dengan kata-katanya tersendiri, menunjukkan bahawa pengaruh terhadap ‘peperangan’ yang diisytiharkan masih kuat, sama ada disedari atau tidak.

Dalangnya masih aktif kerana mereka yakin yang umat Islam umumnya berjaya dikucar-kacirkan dan bertambah celaru. Mengekalkan kecelaruan ini adalah satu strategi penting untuk memastikan umat ini akan lebih mudah ditindas dan dilemahkan. Betapa tidak!

Ambil sahaja contoh di negara kita, dikatakan negara yang fahaman Islamnya sederhana berbanding dengan negara lain. Itupun kita lebih lazim berbalah sesama sendiri dalam isu-isu agak lesu dan remeh, umumnya dalam hal-hal ranting dan dahan-dahan kecil.

Terbaru keasyikan dengan isu mazhab, dan tauliah! Ini semua terbatas hanya kepada kelompok-kelompok tertentu sahaja. Yang selainnya tidak dikisahkan pun, termasuklah orang yang membenci Islam dan sentiasa mencari peluang untuk mencelarukan lagi, termasuk mereka yang mengambil kesempatan melakukan aktiviti dalang-dalang pada peringkat antarabangsa.

Namun oleh kerana terlalu sibuk dengan isu dalaman yang remeh, sibuk bertikam lidah semasa sendiri, apa yang berlaku di luar ‘gelanggang’ peribadi masing-masing boleh ditangguh-tangguh, walaupun ia umpama api dalam sekam!

Isu penggunaan kalimah suci ‘Allah’ adalah satu-satu isu api dalam sekam yang kini kian melarat. Sama ada boleh ditangani terpulanglah. Terdengar ulasan Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan dalam Berita Nasional yang mengatakan “keputusan mahkamah tidak boleh dinafikan” – sehari selepas keputusan tersebut dibuat.

Bagaimana agaknya jika sebelum keputusan itu dibuat? Di sinilah malangnya keadaan kita yang menunjukkan kecelaruan umat Islam dewasa ini. Sejak isu ini ditimbulkan tidak beberapa lama dahulu, berapa banyak kupasan dan penerangan secukupnya ditonjolkan sekurang-kurangnya sebagai persiapan keputusan mahkamah kelak? Adakah kita amat sibuk memperkatakan soal-soal remeh sahaja? Majalah mana yang membawa isu ini ke tengah secara serius dan berterusan selagi perbicaraannya belum berakhir?

Pada hemat saja tidak mencukupi; apa yang diterbitkan dalam media cetak agaknya boleh dikira dengan sepuluh jari sejak setahun lalu, apalagi dalam bahasa Inggeris untuk pembacaan antarabangsa.

Mungkin selepas ini keadaannya akan berubah, tetapi jelas bak kata perpatah: nasi sudah menjadi bubur. Jika kecelaruan ingin ditimbulkan oleh dalang dan pihak tertentu, mereka sudah pun berjaya.

Umat Islam kini terpingga-pingga mencari jalan keluar. Seorang yang ditemu bual dalam televisyen tentang keputusan mahkamah tersebut menyoalkan mengapa tidak digunakan nama ‘Jesus’ saja!

Nampaknya intipati isu pun masih ada yang keliru? Ada yang mengaku baru hendak merujuk kepada pakar dan menyediakan hujah yang meyakinkan!

Soalnya mengapa kita begitu lalai dalam menjaga hal-hal pokok berkaitan dengan akidah sendiri? Orang Islam di negara ini memang lebih terkenal sebagai mudah bertolak ansur dan ini dianggap umum sebagai satu nilai terpuji.

Namun demikian tidak ada salahnya jika kita memperkatakan yang hak kerana agama Islam juga menyuruh kita berbuat demikian!

Dalam isu ini ada beberapa yang perlu ditegaskan sebagai hak, antaranya:

Pertama, kalimah ‘Allah’ itu bukan sekadar kalimah biasa, tetapi tidak terpisah dengan Hakikatnya seperti yang diterangkan dalam al-Quran, khususnya di dalam Surah al-Ikhlas. Jika ini diperakui, penggunaan ‘Allah’ itu tidak menjadi isu sama sekali.

Kedua, jelas ‘Allah’ adalah kalimah bahasa al-Quran, atau dengan lain kata Kalam Allah, melampaui bahasa Arab semata-mata. Oleh itu konteks yang sentiasa dirujuk adalah konteks al-Quran di mana Allah lebih berhak menjelaskan akan Zat dan Sifat-Nya daripada mana-mana makhluk ciptaan-Nya.

Ketiga, oleh yang demikian hujah yang dikemukakan mesti berpaksikan kepada ketamadunan al-Quran itu sendiri, dan tidak wajar dicampuradukkan dengan tamadun lain khususnya yang tidak mempunyai fitrah Islam. Kefahaman monotesisme masih di peringkat konsep dan bukan hakikat sebagaimana Zat Allah.

Keempat, jangan sekali-kali kefahaman ‘Allah’ disongsangkan umpama mempunyai ‘anak’ dan ‘diperanakkan’ mahupun hal-hal yang menyekutukan Hak Allah. Jika ini dibenarkan berlaku jelas ia bukan sahaja menodai Hak, bahkan akan mengundang pelbagai lagi kecelaruan sebagai mana yang diingini oleh pihak-pihak tertentu.

Kelima, Malaysia sebagai negara berdaulat dan beraja, berhak tidak mempersetujui apa yang diamalkan di negara jiran walaupun yang serumpun. Malah Malaysia di mana Islam menjadi agama rasmi mampu membuat sempadan tafsirannya tersendiri. Serumpun tidak bererti serupa dalam segala hal.

Banyak pengguna kosa kata yang sama antara negara-negara jiran tetapi berbeza pemakaian dan maknanya. Episod ‘maling-sia’ yang berlaku kebelakangan ini mengakui hal tersebut.

Kesimpulannya, Allah itu Ahad. Amanah kita adalah untuk mengekalkan Kesucian Keesaan-Nya. Semoga Allah jua memberkati usaha ikhlas ini, insya-Allah.



CUBAAN KETEPIKAN ISLAM SEBAGAI AGAMA PERSEKUTUAN


KEPUTUSAN Mahkamah Tinggi membenarkan pendakwah Kristian di negara ini menggunakan perkataan Allah sebagai terjemahan daripada God dalam risalah dakwah berbahasa Melayu mereka sangat menyedihkan, dan pada hemat saya mengetepikan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan.

Lebih menyedihkan ada pemimpin Melayu yang baru merasa tampuk kuasa sudah tidak segan silu menyokong tuntutan Gereja Katolik ini. Anehnya dua orang yang begitu ghairah menyokong tuntutan ini ialah Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dan Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr. Dzulkifley Ahmad. Kedua-duanya dari Parti Islam se-Malaysia (Pas).

Bagi saya kedua-dua ahli Parlimen Pas ini bukan sahaja tidak memahami konsep ketuhanan dalam Islam dan Kristian hari ini tetapi juga menjadi pengkhianat kepada dakwah Islam di negara ini.

Kedua-dua mereka dan sebahagian kecil penyokong mereka telah dikelirukan dengan konsep bahasa Arab antara perkataan illah dengan Allah. “La illah ha illahllah”, yakni tiada Tuhan melainkan Allah.

Ada juga yang menghantar komen ke dalam blog saya kononnya orang Kristian boleh menggunakan perkataan Allah berdasarkan surah Al-Ankabut (63); “Dan janganlah kamu berbahas dengan ahli kitab melainkan dengan cara yang lebih baik, kecuali orang yang berlaku zalim antara mereka dan katakanlah (kepada mereka): Kami beriman kepada (al-Quran) yang diturunkan kepada kami dan kepada (Taurat dan Injil) yang diturunkan kepada kamu dan Tuhan kami, juga Tuhan kamu, adalah satu dan kepada-Nya, kami patuh dengan berserah diri”.

Adakah orang Islam di negara ini menerima kitab Bible hari ini seperti Injil zaman Rasulullah SAW dan ajaran kristian hari ini yang menyatakan Isa anak Tuhan dan konsep triniti sebagai daripada Allah SWT?

Apakah Khalid Samad dan Dr. Dzulkifley ‘beriman’ kepada Bible yang dibawa oleh Gereja Khatolik hari ini? Ini perlu dijawab oleh kedua-dua mereka. Jika mereka bersetuju dengan pandangan ini maka banyaklah yang perlu kita ubah dalam sistem perundangan Islam termasuk membenarkan ahli kitab Bible berkahwin dengan orang Islam tanpa perlu menukar agama mereka.

Memang benar, kata nama Allah pernah dicetak dalam Bible di Nusantara ratusan tahun lalu. Tetapi apakah ia dicetak dengan keizinan kerajaan Melayu Islam? Tidak. Sebaliknya ia dibuat ketika kepulauan Melayu dijajah oleh Portugis, Belanda dan Inggeris. Mereka mengganti perkataan God dengan Allah bagi menyebar ajaran Kristian di kalangan orang Melayu.

Kita juga tertanya-tanya apakah agenda Gereja Katolik begitu bersungguh-sungguh mahu menggunakan nama Allah dalam ajaran Kristian mereka di negara ini sedangkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) di bawah Tun Dr. Mahathir Mohamad, pada 1986 telah melarang penggunaan perkataan Allah, Kaabah, Solat dan Baitullah oleh agama lain.

Bukankah aneh mereka begitu bersungguh-sungguh mencabar keputusan kerajaan ini hanya untuk menggunakan perkataan Allah yang tidak pun mereka guna dalam Bible di Amerika Syarikat mahupun di Eropah?

Jika selama ini mereka boleh sahaja menggantikan God kepada Tuhan mengapa sekarang mahu diubah? Bukankah ini tidak lebih daripada usaha mencabar kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan dan larangan berdakwah ajaran lain kepada orang Melayu?

Mereka mendakwa Allah merupakan terjemahan God dalam bahasa Arab. Jadi kita bertambah musykil mengapa pula mereka mahu menulis Allah dalam risalah Kristian berbahasa Melayu? Jika mereka mahu mencabar penggantian God kepada Allah dalam risalah bahasa Arab mungkin ada justifikasinya walaupun belum tentu kita bersetuju.

Sebaliknya dalam bahasa dan budaya Melayu, Allah membawa makna Tuhan yang Maha Esa untuk orang Islam. Tidak timbul isu Allah datang daripada bahasa mana. Yang penting dalam konsep budaya dan bahasa di Malaysia, perkataan Allah membawa makna Tuhan yang satu kepada orang Islam.


PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH STRATEGI MUBALIGH KRISTIAN - MARI BERJIHAD PERTAHANKAN AGAMA ALLAH




KEPUTUSAN Hakim Mahkamah Tinggi, Yang Arif Hakim Puan Lau Bee Lan membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh terbitan Herald - The Catholic Weekly telah membuka lembaran baru dalam sejarah undang-undang negara.

Tuntutan yang dibuat oleh Ketua Biskop Roman Katolik Kuala Lumpur, Tan Sri Murphy Pakiam ini juga buat julung kalinya turut mendapat sokongan daripada segelintir pemimpin politik Melayu beragama Islam.

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan ketua pembangkang di Parlimen, Datuk Seri Anwar Ibrahim memetik contoh penggunaan kalimah Allah oleh masyarakat sejak zaman dahulu untuk diketengahkan sebagai justifikasi mereka.

Dr. Dzulkifley Ahmad, Pengarah Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Pas, dan Khalid Samad, Ahli Parlimen Pas Shah Alam pula, berada setapak di hadapan apabila menjadi ahli Parlimen Malaysia beragama Islam pertama yang mengunjungi gereja Roman Katolik St. Paul The Hermit di Ijok dan Roman Catholic Church of Divine Mercy di Shah Alam sebagai tanda sokongan mereka.

Akan tetapi, adakah pendekatan terlalu mudah (simplistic) untuk memutuskan perihal ‘boleh atau tidak’ kalimah Allah digunakan oleh terbitan Gereja Katolik ini tepat?

Adakah kelompok pemimpin Islam yang menyokong tuntutan ini telah menganalisis sepenuhnya corak aplikasi kalimah Allah oleh kumpulan-kumpulan mubaligh Kristian yang bergerak di kawasan berpenduduk majoriti Islam?

The People of the Book contohnya, merupakan sebuah organisasi yang giat menjalankan pengembangan kepercayaan Kristian kepada umat Islam yang boleh bertutur dalam bahasa Sepanyol, khususnya di Amerika Latin.

Menurut organisasi ini, al-Quran merupakan ‘alat yang sangat efektif’ untuk memaparkan konsep kepercayaan Kristian yang boleh ‘diterima’ umat Islam. Mereka juga menganggap penggunaan kalimah Allah adalah sesuatu yang sangat diterima dalam usaha penyebaran Kristian, walaupun makna kalimah Allah dalam al-Quran tidak sama dengan makna istilah God dalam Bible.

John Hultvall, mubaligh Mission Covenant Church of Sweden yang terlibat dalam misi pengembangan Kristian di Turkestan timur (kini wilayah Xinjiang, China), sebuah kawasan berpenduduk majoriti Islam, juga berpendapat bahawa walaupun penggunaan kalimah Allah dipersoalkan di kalangan penganut Kristian sendiri, mubaligh Kristian sentiasa menggunakannya dalam usaha mereka menyebarkan kepercayaan Kristian di kalangan umat Islam.

Seorang lagi mubaligh Kristian, Kevin Greeson, telah menulis buku bertajuk The Camel: How Muslims Are Coming to Faith in Christ! yang dijadikan panduan oleh mubaligh International Mission Board (IMB) khusus untuk menyebarkan kepercayaan Kristian kepada umat Islam.

Menurut Greeson, dalam usaha penyebaran Kristian kepada budaya berbeza, para mubaligh Kristian sepatutnya menggunakan apa sahaja istilah bagi God yang digunakan dalam budaya tersebut.

Secara harfiah (literal), penggunaan kalimah Allah sebagai terjemahan kepada istilah God dalam Bible, sebenarnya tidak tepat sama sekali. Ini diakui sendiri oleh kumpulan aktivis Kristian Pasifik dari Amerika Syarikat, Apologetics Coordination Team, yang menyatakan bahawa kalimah Allah tidak membawa makna yang sama dengan konsep triniti yang dipercayai penganut Kristian, apatah lagi setelah mengambil kira kepercayaan berbeza umat Islam bahawa Allah Taala bersifat Maha Esa dan qiyamuhu binafsih (berdiri dengan sendiri).

Malah, kumpulan aktivis itu turut menganggap penggantian kalimah ‘Allah’ untuk istilah God dalam Bible sebagai satu pencabulan (sacrilege) dan kekufuran (blasphemy) bagi penganut Kristian.

Melihat kepada penentangan terhadap penggunaan kalimah Allah dalam dunia Kristian sendiri, kelompok kecil penyokong Herald daripada parti Pas dan PKR wajib menilai semula kesungguhan mereka untuk memperjuang tuntutan tersebut.

Tambahan lagi apabila penggunaan kalimah Allah oleh gereja rata-rata diaplikasikan dalam aktiviti penyebaran kepercayaan Kristian di kawasan berpenduduk majoriti Islam. Ini adalah kerana undang-undang tertinggi negara: Perlembagaan Persekutuan, tatkala membenarkan kebebasan beragama dalam Perkara 11, Fasal (1), turut melarang pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan umat Islam dalam Fasal (4).

Ketua Biskop Tan Sri Murphy Pakiam sendiri dalam afidavit beliau telah menyatakan bahawa antara tujuan beliau mencabar keputusan Kerajaan Persekutuan melarang penggunaan kalimah Allah oleh Herald adalah untuk melaksanakan hak menyebarkan kepercayaan Kristian di kalangan penganut Kristian berbangsa Indonesia dan yang bertutur dalam bahasa Arab.

Namun begitu, saya yakin bahawa para penganut Kristian berbangsa Indonesia mampu untuk memahami istilah ‘Tuhan’, dan penganut yang bertutur dalam bahasa Arab tidak membaca artikel Herald yang ditulis dalam bahasa Melayu.

Maria Kana dalam disertasi beliau Christian Mission in Malaysia, menulis bahawa terbitan Alkitab dan Perjanjian Baru yang dilarang penjualan dan pengedarannya adalah sangat popular di kalangan generasi muda penganut Kristian Malaysia yang mengikuti pendidikan dalam bahasa Melayu.

Adakah generasi muda berbahasa Melayu yang dimaksudkan ini termasuk juga individu yang asalnya berbangsa Melayu dan beragama Islam? Jika ya, maka aktiviti penyebaran ini adalah tertakluk kepada Fasal (4) Perlembagaan Persekutuan.

Di negara ini, aktiviti church planting misalnya dijalankan oleh organisasi luar seperti Freedom Life – Church of God, selain organisasi tempatan yang bergerak di IPT.

Adalah menjadi harapan saya agar isu kalimah Allah ini tidak dijadikan ‘alat’ oleh mana-mana pihak untuk mendapatkan political mileage dan publisiti, walaupun ia nampak telah pun diberi liputan oleh media antarabangsa seperti BBC, USA Today, International Herald Tribune, Reuters, Al Jazeera, serta media Kristian seperti The Christian Post, Christian Today, Christianity Today, Christian Telegraph dan Christian News Today.

Jika perkara ini berlaku, maka ia merupakan tindakan yang amat keji di mata mana-mana pihak. Mungkin ada pihak yang menganggap tuntutan ini sebagai non-issue, namun ia juga tidak akan menjadi isu sekiranya Murphy Pakiam sebagai seorang pemimpin agama, mempertimbang mengambil jalan kompromi dengan menggunakan istilah ‘Tuhan’ yang lebih tepat, dan bukan jalan konfrontasi dengan mencabar Kerajaan Persekutuan.

PAS NEUTRAL ISU KALIMAH ALLAH DIBENARKAN DI GUNA KRISTIAN


Salam Perjuangan

PAS telah mengambil jalan selamat dengan memberikan kenyataan yang dilihat berada ditengah-tengah dengan tidak menyatakan sokongan jelas sama ada untuk berjuang dan berjihad bersama untuk menolak/menentang penggunaan kalimah Allah oleh kristian atau menyokong keputusan mahkamah itu.

Jelas inilah wajah sebenar PAS... kata pejuang sebenar Islam... Parti Islam... menegakkan kalimah Allah di bumi Malaysia... sekarang macam mana??? tiba-tiba jadi bacul dan penakut... pegi jalan dah!!!

Ikuti petikan dari Malaysia Kini

4 Januari 2010 - Mesyuarat lajnah PAS itu berlangsung hampir tiga jam, bermula jam 9 malam dan berakhir kira-kira jam 11.45 malam. Selepas selesai, ketua penerangan PAS, Idris Ahmad membaca kenyataan tersebut kepada pihak media.


Berikutan adalah kenyataan penuh mengenai pendirian PAS dalam isu berkenaan:

PAS sebagai sebuah parti Islam amat menghormati prinsip kebebasan beragama sepertimana yang ditekankan oleh Islam kerana manusia tidak boleh dipaksa untuk menerima mana-mana agama, melainkan ia merupakan pilihan sendiri. Prinsip kebebasan beragama ini juga telah dimaktub dalam perkara 11 Perlembagaan Persekutuan.

Walaupun demikian, dalam kontak masyarakat di Malaysia, suasana dan keadaan setempat perlu diambil kira di atas kepentingan awam bagi memelihara keharmonian berbagai kaum dan agama. Setiap warganegara Malaysia wajib memelihara suasana dan keadaan ini.

PAS ingin menjelaskan bahawa berdasarkan kepada kaedah Islam, penggunaan nama Allah pada asasnya adalah dibenar untuk digunakan oleh agama samawi seperti Kristian dan Yahudi.

Walau bagaimanapun, penggunaan kalimah Allah secara salah dan tidak bertanggungjawab mestilah dielakkan supaya ianya tidak menjadi isu yang boleh menjejaskan keharmonian kaum dan agama dalam negara ini.

PAS memberikan peringatan kepada semua pihak supaya tidak menyalahgunakan perkataan Allah bagi mengelirukan atau menjadikan politik murahan untuk mendapat sokongan rakyat.

Al-Quran telah menyarankan cara yang betul menggunakan perkataan Allah, sebagaimana yang dinyatakan dalam Surah al-Imran ayat 64 yang bermaksud: Katakanlah hai ahli kitab, marilah (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahawa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan dia, dengan sesuatupun dan tidak (pula) sebahagian kita menjadikan sesama manusia seperti pemimpin dan sebagainya, sebagai tuhan selain Alllah.

PAS dengan tegasnya ingin menolak sebarang bentuk tindakan agresif dan provokatif jahat yang boleh menggugat keharmonian dan mencetuskan ketegangan masyarakat.

PAS dengan segala rasa penuh tanggungjawab bersedia untuk menjelaskan isu ini kepada semua pihak bagi mewujudkan suasana yang harmoni berdasarkan kepada prinsip keadilan sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan dan dijamin oleh Islam.


KALIMAH ALLAH - JIHAD SEBENAR MEMPERTAHANKAN ISLAM


Penulis memetik tulisan bernas Y.B Zulkifli Nordin ( Di Sini )


RUJUKAN BERITA


SHAH ALAM, 1 Jan: Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad petang tadi bersetuju dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan Kementerian Dalam Negeri (KDN) melarang orang-orang bukan Islam dari menggunakan perkataan 'Allah'.

Beliau yang sebelum ini dilihat lantang mempertikai usaha KDN di di Parlimen, menganggap keputusan Mahkamah semalam menepati nas al-Quran."Keputusan Mahkamah itu menepati dengan al-Quran, iaitu perkataan Allah bukan milik eksklusif umat Islam sahaja tapi semua manusia patut menyembahnya," jelas beliau selepas menyertai solat Jumaat di Surau Nur Hidayah, di sini.Beliau turut menasihatkan KDN supaya tidak melarang sesuatu yang jelas digalakkan dalam Islam."Kalau kita (KDN) nak menghalang keputusan itu, secara tidak langsung seolah-olah menghalang apa yang digalakkan oleh Allah sendiri."Yang membeza orang Islam dan bukan Islam bukanlah tuhan kita adalah Allah dan tuhan mereka tidak (dipanggil) Allah, tapi yang membezakannya adalah kefahaman tentang ajaran Islam itu sendiri," katanya. Menurut beliau, keputusan mahkamah itu sekali gus mengukuhkan kefahaman orang Islam terhadap agama mereka, bukannya atas nama Islam sahaja."Saya rasa keputusan ini (mahkamah) akan mengukuhkan lagi kefahaman Islam di kalangan orang Islam sendiri, bukan atas nama (Islam) saja," jelasnya.Ujarnya lagi, Rasulullah s.a.w sendiri pun tidak menghalang masyarakat bukan Islam dari mengaku Allah sebagai Tuhan mereka.Sebaliknya, Nabi menerapkan kefahaman Islam kepada masyarakat bukan Islam menggunakan rasional dan dakwah; sebagaimana ditunjukkan dalam ayat 87-88 dari surah az-Zukhruf; dan ayat 63 dari surah al-Ankabut.Tambahnya lagi, kedua-dua ayat tersebut seharusnya mendorong masyarakat Islam menjelaskan kefahaman sebenar tentang Allah dan Islam itu sendiri.Terdahulu, akhbar mingguan The Herald dihalang dari menggunakan perkataan Islam dalam penerbitan mereka.Ekoran itu, Gereja Katholik telah memohon perintah Mahkamah supaya menolak larangan yang dilakukan KDN itu.

Zulkifli Nordin : Menyanggah Y.B Khalid Samad


Dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih Maha Penyayang. Tuhan Yang Esa, yang tiada sekutu bagi Nya. Tuhan Raja segala raja, yang memiliki segala Kerajaan. Tuhan yang tiadalah aku sembah melainkan ALLAH yang Satu.

Saya merujuk kepada kenyataan YB Khalid Samad yang menyatakan persetujuan kepada keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 31.12.2009 yang membenarkan permohonan puak Kristian melalui akhbar The Herald untuk menggunakan perkataan ALLAH bagi ganti nama "God" dalam penerbitan mereka. Hujjah YB Khalid menyokong puak Kristian menggunakan perkataan ALLAH boleh disimpulkan kepada 3 iaitu:

1. Nama "ALLAH" bukan milik ekslusif umat Islam;
2. Bahawa Al Quran sendiri membenarkan dan menggalakkan Kristian menggunakan perkataan ALLAH berdasarkan Surah Az Zukhruf: 86-87 dan Al Ankabut: 63;
3. Rasulullah sendiri tidak menghalang orang 'arab musyrikin Quraisy menggunakan perkataan ALLAH.

Sanggahan saya:

1. Nama ALLAH bukan milik sesiapa pun, samada Muslim atau kafir, baik manusia atau mana-mana makhluk dimuka bumi atau di alam maya ini. Sebenarnya nama ALLAH adalah milik mutlak ALLAH sendiri sebagai Maha Pencipta kita. Dan ALLAH itulah yang telah menurunkan Al Quran sebagai wahyu terakhir kepada manusia melalui Rasulullah saw khatamul anbiya. Al Quran itu adalah satu-satunya petunjuk kepada jalan ketaqwaan (Al Baqarah:2). Dan Al Quran itu adalah petunjuk yang benar dan haq, dan dimenangkan dan dimuliakan atas agama dan kefahaman lain, walau musyrikin (dan kafir la'natullah lain) tidak suka (Al Fath: 20).

ALLAH yang empunya nama Nya sendiri itu telah menegaskan bahawa yang namanya ALLAH itu Satu; "Katakan Muhammad bahawa ALLAH itu Satu, Ia merdeka dan berdiri sendiri, tidak bergantung dengan sesiapa, Dia tidak beranak lagi tidak dperanakkan, ALLAH itu tidak sekufu dengan sesiapa pun" (Al Ikhlas: 1-4).

Jelas disini bahawa ALLAH yang empunya nama ALLAH itu sendiri menegaskan bahawa nama ALLAH itu adalah nama Tuhan yang Satu. Sedangkan Kristian zaman ini termasuk di Malaysia bercadang menggunakan nama ALLAH dengan menyifatkannya sebagai Tuhan triniti; tiga dalam satu: Tuhan Bapak, Tuhan Anak dan Ruh Qudus! Tidakkah itu terang-terang bercanggah dengan penegasan ALLAH sendiri bahawa apabila menggunakan nama Nya bermakna merujuk kepada Tuhan yang Satu! Dan itulah aqidah umat Islam yang mempertuhankan ALLAH Yang Satu.


2. Surah Az Zukhruf:86-87 dan Al Ankabut: 63 adalah penegasan ALLAH bahawa kalau ditanya kepada golongan kafir dan penyembah berhala bahawa siapa yang mencipta mereka, nescaya mereka akan menjawab ALLAH. Kita perlu lihat ayat ini adalah urutan daripada ayat-ayat sebelumnya yang mana ALLAH mencela perbuatan golongan kafir dan musyrikin yang menyembah selain ALLAH; sebaliknya menyembah patung dan sembahan-sembahan yang lain. Sedangkan bila ditanya apakah yang mencipta mereka itu patung-patung sembahan mereka, nescaya mereka akan kata tidak, sebaliknya ALLAH.


Maka para ulama menyatakan bahawa perkataan mereka itu yang mengakui ALLAH adalah pencipta bukan Jesus dan lain-lain adalah dalam bentuk 'rububiyah'. Iaitu mengakui sifat ALLAH sebagai Pencipta. Samalah apabila saintis terkenal Stephen Hawkins bila selesai mengkaji teori 'Big Bang' dalam masalah penciptaan dunia, dia menyatakan ada satu kuasa besar yang mencipta bumi ini. Atau apabila mendiang Tan Sri Lim Goh Tong, bila ditanya macam mana tragedi tanah runtuh di Genting berlaku, dia menyatakan ini "Tuhan Alah punya keleja". Dan banyak lagi komen sedemikian yang dibuat oleh golongan kafir dan musyrikin. Itu bukan bermakna mereka menerima ALLAH dalam bentuk 'uluhiyyah' atau aqidah, tetapi dalam bentuk 'rububiyah'. Dalam berkata begitupun mereka tetap menyembah patung dan lain-lain.

Sebaliknya ayat 86-87 Az Zukhruf dan ayat 63 Al Ankabut tidak menyatakan ALLAH membenarkan penggunaan nama ALLAH bagi maksud selain daripada Tuhan Yang Esa, Satu, Wahid!! Malahan tidak ada sebarang nas langsung yang mana ALLAH mahupun Rasulullah membenarkannya. Menyatakan bahawa ALLAH, Al Quran dan Islam menggalakkan penganut Kristian menggunakan perkataan ALLAH untuk gambaran Tuhan 3 dalam satu adalah suatu putarbelit terhadap ayat Al Quran; ianya suatu provokasi terhadap tunjang aqidah umat Islam bahawa ALLAH itu satu;


3. Saya berpendapat kenyataan beliau bahawa Rasulullah sendiri tidak menghalang musyrikin Mekah menggunakan perkataan ALLAH perlu difahami dalam konteks bahasa 'arab dan budaya 'arab sendiri. Kira perlu faham bahawa dalam bahasa 'arab, mereka tidak ada gantinama perkataan 'God" selain ALLAH. Bagi mereka perkataan ALLAH itu sendiri bermakna God. Sedangkan dalam Bahasa Melayu gantinama perkataan God ialah Tuhan; dan nama ALLAH dalam bahasa Melayu tidak bermaksud gantinama God secara umum, tetapi membawa pengertian yang khas-iaitu Tuhan Yang Satu. Oleh itu adalah melanggar tatacara bahasa Melayu sendiri untuk menyamakan perkataan ALLAH sebagai God. Kalau kita melihat kamus Dewan Bahasa, kamus paling authentik dan autoritatif mengenai bahasa Melayu menyatakan dengan jelas bahawa perkataan ALLAH bermaksud Tuhan Yang Satu dalam Bahasa Melayu.

Malahan kalau kita melihat contohnya The Hutchinson Encyclopedia (muka surat 27), perkataan ALLAH ditafsirkan sebagai, "ALLAH: Islamic name for God". Begitu juga kalau kita merujuk kepada Encycopedia Brittanica, Wikipedia dan lain-lain. Adalah jelas nama ALLAH dikaitkan dengan Tuhan Yang Satu, Tuhan umat Islam.


Kalau kita bercadang nak mengheret sejarah dalam isu ini, kita boleh mempertikaikan agama Kristian dan Yahudi itu sendiri dari segi nama ketuhanan mereka. Apa yang jelas, Nabi Isa yang Kristian angkat menjadi anak tuhan bukan orang 'Arab, sebaliknya dia adalah seorang Yahudi bani Israel berbangsa Hebrew. Sudah tentu nama beliau bukan dalam bahasa 'arab. Jadi bagaimana pula golongan Kristian boleh mendakwa nama "ALLAH" sebagai tuhan mereka telah diguna sejak awal ujudnya agama Kristian. Sebaliknya nama asal Nabi Isa dalam kitab Hebrew ialah Yehwah. Malah nama "Jesus" sendiri pun adalah sebenarnya ciptaan barat, berasal daripada perkataan Greek kuno "Yeosus" kemudian diubah menjadi "Yesus" dalam Inggeris lama sebelum menjadi Jesus dalam Inggeris moden!!


Begitu jugalah dengan agama Yahudi atau Judaism. Judaism adalah "the religion of the ancient Hebrews and their descendants the Jews, based, according to the Old Testament, on a covenant between God and Abraham about 2000BC, and the renewal of the covenant with Moses about 1200BC. Judaism is the oldest monotheistic faith, the forebear of Christianity and Islam. It rest on the concept of one eternal invisible God". Jadi adalah jelas agama asal Yahudi, yang selepas itu diikuti oleh agama Kristian adalah berteraskan kepada kepercayaan Tuhan itu Satu!! Sebab itu setelah kesesatan mereka, mereka masih menerima ALLAH sebagai Maha Pencipta (rububiyah) tetapi menolak ALLAH sebagai Tuhan Yang Satu (uluhiyah).


Rumusan:

Apa yang jelas, rancangan Kristian Malaysia untuk menggunakan perkataan ALLAH itu adalah dalam konteks mempercayai nama ALLAH itu adalah nama bagi Tuhan yang berkonsepkan fahaman Triniti: iaitu 3 dalam 1. Sudah tentu ini bercanggah dengan aqidah umat Islam termasuk bangsa Melayu.

Malahan pada saya ini adalah satu perancangan halus dan jahat mereka untuk mengelirukan umat Islam.

Yang saya pelik, mengapa mereka berkeras mahu menggunakan perkataan ALLAH hanya bagi penerbitan Kristian dalam Bahasa Melayu, tetapi didalam versi bahasa Inggeris mereka masih menggunakan perkataan Jesus dan lain-lain.

Tidakkah itu membuktikan satu muslihat yang jahat. Malahan sebenarnya muslihat la'nat ini telah digambarkan oleh ALLAH kepada kita didalam Al Quran di surah Al Baqarah:2, "sesungguhnya Yahudi dan Kristian tidak akan redho dengan kamu (umat Islam) selama-lamanya selagi kamu tidak mengikut cara kehidupan mereka; namun katakan (kepada mereka) bahawa cukuplah petunjuk ALLAH (al Quran) sebagai petunjuk kami (umat Islam). Tetapi jika kamu masih mahu mengikuti cara mereka setelah datang kepada kamu Al Quran, maka perbuatlah, namun Aku (ALLAH) tidak akan membantu dan membimbing kamu (iaitu ALLAH akan berlepas tangan denagn kita umat Islam).


Monday, January 4, 2010

ISU PANAS SKANDAL ANWAR, ROSLI PAS, NIK AZIZ & KALIMAH ALLAH



ISU 0H ISU.....

ROSLI PAS... LARIKAN ANAK ORANG - KEMARUK NAFSU

Teruk betul... anak dara orang dibawak lari... padahal dia masih ada mak bapa... mungkin sebab dia pegawai khas dia ingat dia besar... yg kena bawak lari tu pun kenapa la bodoh sangat... apa nafsu sudah mengatasi fikiran dan iman.
mahkamah dah kata kena dipisahkan sebab pernikahan diragui... tak tahan punya pasal nikah kat siam pulak... siap bulan madu lagi masa mak bapak perempuan tu kepung rumah... ikut tabiat BOS BESAR KUT... sbb anwar dulu bawak pelari juga wan azzah sampai Anwar nyaris kena tembak senapang gajah lah... tak percaya tanya Anwar he he he....

KALIMAH ALLAH DIBENARKAN PENGGUNAAN OLEH KRISTIAN

Mahkamah telah membenarkan penggunaan Kalimah Allah untuk merujuk tuhan bagi kristian - konsep trinity dan membolehkan kata nama Allah digunakan dalam pencetakan bible dan lain-lain... Hakim yg tak sensitif, Pihak Kristian yg sengaja cari nahas.... kesabaran melayu bakal teruji.... apapun perjuangan menyucikan kalimah Allah adalah jihad... jihad sebenar yg tiada nilai bandingannya... bukan jihad macam PAS tak berani bagi pendirian konkrit sbb takut lukakan hati kawan baik DAP - "langkah mayat saya dulu baru nak tubuh negara Islam" - Karpal singh

tapi tak hairan sebab dah lama ahli pakatan rakyat terikut-ikut budaya kristian contoh nizar kat bawah ni... ok je pe ikut upacara agama kristian... tak hairan khalid dan beberapa pemimpin PAS / Pakatan sokong penggunaan kalimah Allah untuk org digunakan org kristian walaupun implikasinya bakal membahayakan kesucian kalimah ini dan membuka ruang pemesongan akidah ummat Islam...

NIK AZIZ - MENCELAKAKAN BLOGGER - CELAKO!

Mula-mula terkejut sebab Tok Guru Nik Aziz sebut cilako dekat 5 kali kat TV - rupa rupanya marah blogger Celako... celako.. celako.. celako.. celako... peh letih....
rupanya marah konon blogger buat fitnah 2 setiausaha nya tak disambung kontrak... tup tup betul berita tu... ermmm so sapa yg sebenarnya kena celako he he he

SKANDAL - PERSOALAN??? ANWAR + SAMSIDAR = AFIFA... BETUL KE???

Lain ker... macam sama je... ikut muka Anwar ups! Azmin je... he he he


Ermmm... dengar2 masa kes anwar dulu... ujian DNA afifa ni ikut dan je buat... kenapa tak try sekali lagi tgk sapa bapa afifa ni... Anwar atau Azmin... dgr cerita sampai sekarang masing2 senyap je takut tembelang terbongkar... iskh... ni nak guna hukum hudud mana na???? pening2



Thursday, December 31, 2009

TABAH MEGHADAPI PERJUANGAN...


Salam Pejuangan...


Pertamanya penulis ingin memohon kemaafan kerana agak lama tidak menulis entry pada blog Idelismalaysia... namun terdapat beberapa kekangan dan urusan yang terpaksa penulis dahulukan demi agama bangsa dan negara... keluarga

Namun apa yang ingin penulis kongsikan adalah betapa kita yang berada di medan perjuangan ini perlu memiliki ketahanan maha hebat, tekad dan niat yang jitu... kerana sesungguhnya dugaan dan ujian Allah merupakan "nikmat" tanda Allah itu menyayangi hambanya... sesungguhnya mehnah dan dugaan berat Allah SWT akan menguatkan diri kita... sama ada kita memiliki ketabahan untuk terus berada dilandasan perjuangan menegakkan kebenaran di jalan Allah ini... atau kita mengalah dan tunduk meninggalkan jalan kebahagian di akhirat ini...

Anak-Anak... Isteri-Isteri... Keluarga... merupakan satu amanah dan juga merupakan satu ujian serta dugaan terbesar buat diri kita... sebagai pejuang sememangnya kita "menempah" dan mencari mehnah itu demi sebuah jalan kebahagiaan yang dirintis bukan sahaja di dunia tetapi juga untuk jalan kebahagian yang abadi di akhirat... kerana kepercayaan kita yang jitu dan kemahuan yang datang dari sudut hati yang amat dalam membuatkan cabaran dan dugaan Allah itu diterima dengan redha dan kita rela dengan takdir dan ketentuan Allah SWT...

Sesungguhnya menegakkan kebenaran itu pahit dan jalannya pasti bukannya mudah... dan insyaAllah dengan ketentuan Allah SWT penulis akan lebih kerap menulis lagi selepas ini...

Buat semua pejuang diluar sana... tetapkan niat mu... tanamkan tekad yang jitu... genggamlah roh perjuangan itu... Allah akan bersama mu... Akhir kalam moga Malaysia dan rakyatnya akan tetap teguh bersatu, makmur, aman dan berjaya serta terus kekal merdeka dengan acuan terbaik identitinya sendiri selama lamanya...

Selamat Berjuang... Salam Satu Malaysia

p/s lirik yang hebat.... carilah MP3 nya... hayatilah liriknya

Sunnah Orang Berjuang - Hijjaz

Berjuang menempah susah
Menanggung derita menongkah fitnah
Itulah gelombang hidup samudera duka
Seorang mujahid membela tauhid

Dipisah dia berkelana
Dibelenggu dia uzlah menagih mehnah
Namun jiwa tetap mara menuju cita
Membara demi Allah dan Rasulnya

Berjuang tak pernah senang
Ombak derita tiada henti
Tenang resah silih berganti
Inilah sunnah, orang berjuang

Malamnya bagai rahib merintih sayu
Dihiris dosa airmata
Siangnya bagaikan singa dirimba
Memerah keringat, mencurah tenaga

Berjuang memang pahit
Kerana syurga itu manis
Bukan sedikit mahar yang perlu dibayar
Bukan sedikit pedih yang ditagih

Berjuang ertinya terkorban
Rela terhina kerna kebenaran
Antara dua jadi pilihan
dunia yang fana
atau syurga...

Wednesday, October 7, 2009

FATWA TUAN GURU NIK AZIZ NIK MAT - VERSI ISLAM PAS

.
.
.
.
Mari kita teliti sama-sama "FATWA NIK AZIZ" Ini
.

1. "Kita bersyukur dengan pendirian DAP sekarang, kerana mereka sudah berubah sikap dan sanggup bekerjasama dengan PAS, asalkan tidak mendirikan negara Islam" - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian 12 Mei 1999.

.
2. "Bukan sahaja dalam menifesto, dalam perlembagaan PAS sendiri memang tidak mengandungi satu perkataan pun untuk menubuhkan sebuah negara Islam, dia (DAP) boleh tengok sendiri dan baca perlembagaan itu." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 4 Ogos 2001.

.
3. "Terdapat unsur kafir dalam UMNO kerana parti itu menolak Islam dalam pentadbiran negara, UMNO juga ada ciri kafir" - Ceramah Nik Aziz Nik Mat di Padang Tembak, Pengkalan Chepa, 3 Julai 1999.
.

4. "Jika melawan UMNO tiba-tiba meninggal dunia, maka kita dikira mati syahid." - Kuliah Nik Aziz Nik Mat di Masjid Kg Pulau Melaka.
.

5. "Allah sendiri gunakan perkataan memaki, mencemuh atau mencarut, jadi manusia sendiri berpeluang menggunakan maki hamun, tapi terserahlah kepada manusia di mana tempatnya." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 28 April 1999.
.

6. "Siapa yang nak tolong kerajaan Islam, kami sebagai pemimpin Islam mesti terima sama ada DAP, MCA, dan MIC. Kalau nak tolong mengapa kita tolak. Jika DAP ikhlas nak tolong PAS, saya terima. Usahkan DAP, syaitan pun boleh saya terima." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 24 Januari 1999.

.
7. "Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara, menjadi kafir atau haram" - Hukum Dewan Ulama PAS Kelantan, Ogos 1963.
.

8. "Islam tidak melarang umatnya mengeluarkan perkataan mencarut dan mencaci seseorang jika kena pada tempat dan masanya, kerana ia sudah menjadi salah satu naluri." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 29 April 1999.

.
9. "Kelantan menggunakan hasil cukai arak, lesen anjing dan sebagainya bagi menampung kos membuat jalan dan lain-lain projek pembagunan. Arak itu sendiri boleh diminum oleh bukan Islam, jadi bila minum oleh mereka, maka untuk menjaga keselamatan, kerajaan mengambil duit dari mana?" - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 26 November 1994.

.
10. "Bagi penjualan arak, ia hanya dibenar jual oleh orang bukan Islam kepada golongan itu sahaja, kerana jika ia diharamkan sudah tentu menyulitkan orang bukan Islam untuk menikmatinya." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 19 November 1992.
.

11. "PAS Sedia gugur slogan negara Islam, jadi untuk mencari perdamaian itu, setakat mana yang boleh kita hendak kepada Islam, tapi kalau nampak menyusahkan tak apa..." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 25 Jun 1999.

.
12. "Menentang PAS adalah Haram mengikut al-Quran." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Minggu, 24 April 1994.

.
13. "Tidak ada orang yang berhak menjaga dunia ini, kecuali orang yang belajar ilmu agama Islam." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 17 April 1995.
.

14. "Tiada sesiapa di muka bumi ini yang tahu menjaga dunia termasuk menguruskan soal budaya, ekonomi serta harta benda, melainkan ulama." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 6 November 1999.

.
15. "Saya di antara orang yang cukup kuat menyokong untuk meluaskan keahlian PAS ini kepada orang bukan Islam." - Nik Aziz Nik Mat, Kota Bharu, 1999.

.
16. "PAS boleh terima pemimpin DAP jadi Perdana Menteri, tidak ada apa, asalkan dia terima syarat yang ditetapkan oleh Barisan Alternatif." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 6 November 1999.
.

17. "Para imam hendaklah faham bahawa ada anak-anak mukim tidak mahu menuruti imam yang beraqidah politik suku, agama suku, kerana boleh menyebabkan sembahyang tidak sah." - Nik Aziz Nik Mat, Harakah, 4 Mac 2001.
.

18. "Tafsiran negara Islam yang dikehendaki oleh PAS sebenarnya sudah terkandung dalam Manifesto Barisan Alternatif (BA) yang dikemukakan pada pilihanraya yang ke-10 itu." - Nik Aziz Nik Mat, Harakah 1-15 Ogos 2001.

.
19. "Ini penting kerana kita juga mahukan sokongan dan undi bukan Islam dalam usaha memenangi pilihanraya umum akan datang" - Nik Aziz Nik Mat, Ucapan di Muktamar Dewan Pemuda PAS ke-31, Petaling Jaya, 24 Mei 2004.
.

20. "Negara kita Malaysia belum merdeka lagi kerana perlembagaannya masih perlembagaan kafir."- Khutbah Nik Aziz Nik Mat di Masjid Pengadang Baru, Marang, Oktober 2001.
.

21. “Jika ada parti lain yang menentang kepimpinan PAS yang menjalankan pemerintahan cara Islam, ia adalah haram.” – Nik Aziz Nik Mat, Harakah, 23 April 1994.

.
22. “Memang ada lagi persefahaman antara PAS dengan Malaikat, sebab itulah APU (Angkatan Perpaduan Ummah) memerintah lagi (di Kelantan)”. –Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 27 April 1995.

.
23. “Kerajaan PAS Kelantan akan mengkaji kemungkinan melarang wanita bekerja. Tidak adil membiarkan wanita, kerana lelaki dari segi fitrahnya mempunyai tanggungjawab mencari nafkah bagi menanggung kehidupan keluarga.” – Nik Aziz Nik Mat, 16 Mac 1999 di Kota Baharu.
.

24. “Ya Allah, aku mohon butakan mata pengundi-pengundi hantu supaya mereka tidak Nampak simbol lain kecuali simbol PAS. “ – Doa Nik Aziz Nik Mat pada 27 Mei 1999 diaminkan oleh kira-kira 3000 penyokong beliau dalam satu majlis makan malam dan cerah PAS di Sungai Bakut, Nibong Tebal.

.
25. “UMNO tetap parti sekular kerana asas perlembagaanya tidak merujuk al-Quran dan Hadis.” – Nik Aziz Nik Mat, Harakah, 22 Februari 1999.
.

26. ‘‘Tiada sebab langsung orang Islam tolak Islam. Islam yang dibawa oleh UMNO ini Islam kacukan, Islam plastik. Macam duit palsu, ubat palsu, makanan palsu. Ini Islam palsu yang dibawa UMNO. Islam ini tidak boleh bawa ke akhirat, tidak boleh bawa ke syurga, dia boleh bawa dekat pintu kubur. Bertengkar atas muka tak habis-habis dengan Melayu sendiri boleh bertengkar.’’ – Nik Aziz Nik Mat, Rakaman Audio di Sidang Akhbar di Pulau Pinang pada 17 Ogos 2009.

.
27. “Jika Nabi Muhammad boleh menandatangani perjanjian dengan musuh tradisi Islam, iaitu kaum Yahudi, sebaik tiba di Madinah, PAS juga sanggup bekerjasama dengan DAP.” – Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 12 Mei 1999.
.

28. "Percaya-ae (kepercayaan) manusiyo (manusia) kepada kiamat menyebabkan seganah-ganah (seganas-ganas) manusia akan tok (tak) jadi ganah. Kerana dia yakin walau bagaimana ganahnya aku dan bagaimana pangkat... tingginya pangkat aku, tapi apalah nasib aku apabila aku berdepae (berdepan) dengan padang mahsyar. Di padang mahsyar kelak ada lagi yang lebih gagah daripada aku namanya Allah Subhanahuwataala. Ada lagi yang lebih jabaruut, lebih samseng daripada aku iaitu Allah Subhanahuwataala. Ada lagi yang lebih angkuh daripada aku iaitu Allah Subhanahuwataala. Dan nama Allah Subhanahuwataala satu daripada namanya al-Mutakabbir, al-Jabbarul Mutakabbir. ( Al-Jabbar maknanya gagah kuasa ataupun kita panggil samseng. Al-Mutakabbir sombong, angkuh.) Akulah oghaenya (orangnya) sombong, tok denga (dengar) kato (kata) orang lain. Itu satu daripada sifat Allah Taala. Samseng pun dok (ada) di aku, hanelan (handalan) pun dok di aku, somong (sombong) pun di aku. Kalu (kalau) samseng, aku lebih samseng. Kalu mu jahat, aku lebih jahat, kalu mu somong (sombong) aku lebih somong. Percayaan kito manusiyo kepada akidah nilah, akidah akhirat kito panggil menyebabkan orang Melayu yang sokong Pas ni tidak jahat...'' – Rakaman Ucapan Nik Aziz Nik Mat berhubung isu Allah Samseng, Utusan Malaysia, 31 Julai 2002.
.

29. “Islam bawah UMNO tidak ke mana dan tidak boleh bawa seseorang itu ke syurga. Berdasar perkara itu, saya percaya penduduk di kawasan Permatang Pasir akan memilih calon Pas sebagai wakil rakyat mereka,” – Ucapan Nik Aziz Nik Mat kepada pemberita di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) pada 17 Ogos 2009 selepas proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil Permatang Pasir.

.
30. "DAP kalau hina Islam pasal dia bukan Islam. Yang orang Islam tolak Islam itu lebih menghina Islam," – Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 12 Ogos 2009.
.

SEKARANG MARI KITA FIKIRKAN... BETUL KAH INI ISLAM SEBENAR YANG ALLAH MAHUKAN
.
.

Monday, October 5, 2009

BAGAN PINANG : TERSERLAH PAS MUNAFIK & KEBANGSATAN PAKATAN RAKYAT

.
.
Salam Perjuangan...
.
Panas hangat & meriah... tu sahaja ygt boleh digambarkan dalam penamaan calon di Bagan Pinang... penulis yang ada di kalangan penyokong PAS rasa hairan kerana ingatkan berada di penamaan calon di Kota Bharu... sebab semua cakap slang "timur" a.k.a slang german he he he...
.
Rupanya dengar cerita mereka tercabar sebab masa pengumuman calon PAS hanya 500 org datang berbanding 5,000 semasa BN umumkan calon mereka... so PAS & Pakatan sudah import penyokong dari luar untuk memeriahkan majlis penamaan calon... he he he ingatkan org PAS "zuhud" tp pentingkan dunia gak nampaknya... ISLAM Alat PAS he he he...
.
lain-lain x nak cerita lah sebab semua dah baca paper... klu nak berita atau khabar fitnah + fakta diseleweng bacalah HARAKAH ke Suara Keadialan... Kalau nak berita biasa-biasa atau pro kerajaan UTUSAN, BH, Metro semua ada... tp nk yg terlus layarilah blog2 ya... he he
.
Al kisahnya... dulu ada yang tunjuk "barang" kepada puteri - walau dah layut & dah season serta dah berkedut... tapi tak kisahlah sebab dia digelar pengikut parti Allah... sanggup buat macam tu sebab confirm akan masuk syurga Nik Aziz... iskh iskh dosa takpa Nik Aziz kan ada... dengan kawan baik he he
.
Kemudiannya... ada yang mengganas... bukan maki hamun kata kata kesat dan lucah atau setakat tayang "barang busuk"... dah ada berani buat sentuhan.... ada puteri kena koyak baju... kena baling batu... dicederakan... dipukul... diugut... malah ada yg kena sexual harrasment.... wah! Anwar sudah guna dan tiru psi-war & modus operasi pemuda tahan lasak UMNO yg terkenal kerana "keberanian" dahulu... UMNO dah bubarkan unit ini untuk berubah jadi lebih baik dgn pendekatan berlembut dan mesra... Pakatan? makin jadi jahil pulak... sepatutnya makin lama kita makin maju dan bertamadun... tapi makin lama makin macam binatang pulak penyokong PAS & Pakatan ni... balasan Allah kut he he he...
.
Terbaru... Di Bagan Pinang,
Disebalik PAS mengagungkan diri sebagai pejuang Islam... lagak & perangai baik daripada pemimpin sehinggalah pengikut bawahan tidak langsung mencerminkan ISLAM dijadikan landasan perjuangan...
.
ISLAM dipergunakan dan dijadikan alat salah satunya untuk mengeluarkan "FATWA SESAT" bagi menghalalkan salah laku & dosa kepimpinan Pakatan Rakyat... Skandal Bogel, bersekedudukan dengan suami org Islam (Pemimpin AMK), Simpan Perempuan, Rasuah, Skandal Sex, Skandal Liwat, Salah Guna Kuasa, merelakan diri di "kuil"kan... semuanya dihalalkan dengan "fatwa sesat" dan yang sedihnya org melayu terpercaya... hinggakan syurga & neraka dijadikan mainan - macamlah pemimpin PAS itu ALLAH yg serba tahu akan hakikat iman seseorang... "tengok gambar Nik Aziz dapat pahala" ... "Undi PAS masuk Syurga" ... "Penyokong & pengukut Umno akan masuk neraka" ... " lawan UMNO syahid" antara fatwa-fatwa gila PAS...
.
Tengok pula pengikut PAS... kata org beriman... confirm masuk syurga... sepatutnya mestilah alim (pakai kopiah & berjanggut - alim kucing)... lembut tutur kata... baik budi pekerti dan ciri-ciri lain sebagai pejuang ISLAM... ciri-ciri org beriman dalam Al-Quran boleh dirujuk.... TETAPI!
.
TENGOK GAMBAR RENTETAN KEJADI DIBAWAH... FIKIR!!!
.
INIKAH CIRI-CIRI ORANG BERIMAN?
CIRI-CIRI CALON SYURGA?
IMEJ SEBENAR PEJUANG ISLAM?
ITUKAH YANG ISLAM AJAR????
.
SEKARANG FIKIR LAGI... APAKAH PAS ITU ISLAM???
PAS = MUNAFIK : PERGUNA ISLAM...
.

Rakan pemuda dari Kuala Krai diprovok dengan kata-kata kesat mengingatkan beliau mengenai syurga & neraka... namun masih tersenyum...
.

Bukan sahaja tersenyum namun menghulurkan salam... sekarang siapa yang jelas terserlah ciri-ciri sebenar selaku pejuang Islam...
.

PAS & PAKATAN GILA! Dato' Azez ditumbuk penyokong PAS...

.
kejadian berlaku bila Dato Azez dan Dato Ismail melalui kumpulan penyokong pembangkang... pada mulanya mereka hanya memaki hamun dan mengeluarkan kata-kata kesat & lucah... sambil menunjukkan duit (duit upah datang) konon sebagai provokasi menuduh BN main duit... apa bila tidak berkesan... sekumpulan penyokong meluru kearah mereka dengan memaki hamun dan menunjuk-nunjuk secara berdepan dan kemuncaknya 2-3 orang datang dari arah belakang menumbuk dato' Azez... dato ismail terselamat kerana berada di hadapan..
.
Pukul pun main pukul dari belakang... sah Penyokong PAS & PAKATAN BACUL!
ISLAM apa ni ajar pengikut jadi SAMSENG!!!
.

2-3 org Ahli Puteri UMNO di provok dengan dimaki hamun dengan kata-kata kesat berbaur lucah... hingga duit ditayangkan ke arah muka konon tanda BN dan UMNO main wang... patutke sampai sebegitu... perhatikan tua atau muda perangai sama - macam binatang tak ada adab... walhal ISLAM mengajar kaum wanita adalah kaum yg lemah dan harus dilindungi & dihormati...

PENGIKUT PAS & PAKATAN DAH JADI MACAM BINATANG...

INIKAH WAJAH SEBENAR AGAMA SUCI ISLAM???

ITUKAH SIFAT & PERANGAI ORG BERIMAN YANG ADA DALAM AL-QURAN???

ISLAM TAK UBAH KINI HANYALAH ALAT BAGI PAS...

SEKARANG FIKIRLAH... MANA YANG HAQ... MANA YANG BATIL

SULUH DAN CARILAH CAHAYA KEBENARAN YANG SEBENAR
.

.

Thursday, October 1, 2009

BAKAL PEMIMPIN TERINGGI MALAYSIA : REALITI


Salam Pejuangan...

Untuk hiburan buat petugas Pakatan Rakyat di Bagan Pinang... inilah wajah bakal pemimpin agung Malaysia yang korang bertungkus lumus cuba naikkan & perjuangkan... BIAR BETUL BEB !!!

Bakal PM ada gaya dan kelas tersendiri... perut mesti kehadapan dengan tangan tersilang ke belakang... kalau berucap di PBB ni mesti jadi tumpuan dunia...
Bakal pegang portfolio sukan... Halal sukan ni... bersih judi he he he
kalau jadi ketua kontinjen Malaysia ke sukan olimpik amacam mesti ok he he he....

Bakal uruskan Kementerian perdagangan antarabangsa...
ada tokohkan sebagai pemilik kopi tiam... generasi tua yang selalu lepak kedai kopi...
kalau ketuai delegasi perdagangan Malaysia ke luar negra sure banyak dapat bawa balik pelaburan... he he he
Yang ini tak tau port folio apa lagi... mungkin kebajikan sebab dia menjiwai watak ini sebab dia pun OKU... sure bajet kebajikan jimat sebab yelah tak ramai yang datang mintak... takut ma... Karpal kan garang... silap-silap kena saman OOOO...


Dulu nak jadi PM tapi x bleh... kita lantik jadi menteri kesihatan merangkap duta herba Malaysia di peringkat antarabangsa - terutama tongkat ali...
kenapa... tgk betul-betul gambar kat kereta pun sempat "stim" rasa-rasa yg naik dgn dia tp sumer lelaki... naik sebab pembancuh kopi jambu ikut sekali kut he he he...
.
Portfolio dia... menteri jaga agama lain... kenapa he he he sebab dia lagi suka mendahulukan bangsa lain... agama lain hingga sanggup serah hak dan maruah agama dan bangsa kepada org lain... suka korbankan... dia juga suka jadi pengkhianat agama & bangsa dia...
bakal jadi calon pengerusi PBB dari Malaysia ni... cuma kena betulkan gagap dulu he he he
.
p/s : jangan marah ma... semua ni betul-betul jadi punya... masih mau sokong pakatan ke? apa jadi Malaysia dnegan pemimpin ini macam... mau sokong juga... haiya lu sudah sesat... susah mau insaf ini olang...
.

Wednesday, September 30, 2009

CALON PRK DUN BAGAN PINANG - BIODATA : TAN SRI ISA SAMAD vs ZULKEFLY MOHAMAD OMAR





Mohamad Isa Abdul Samad

PROFIL

Nama: Tan Sri Mohamad Isa Abdul Samad
Jawatan: Ketua Umno bahagian Teluk Kemang
Tempat lahir: Sungai Udang, Melaka.
Tarikh: 14 November 1949
Isteri: Puan Sri Hazizah Tumin (meninggal dunia pada 7 Disember 2005).
Anak: 4 (Mohamad Najib, Megawati, Lelawati dan Juhaida)


PENDIDIKAN

Ijazah Sarjana Muda Sastera (Pengajian Melayu) Universiti Malaya
Diploma Pendidikan (1968)

PENGALAMAN KERJA

1. Guru Sekolah Datuk Abdul Razak, Seremban (1969)
2. Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) (1978-1982)
3. Menteri Besar Negeri Sembilan (1982-2004)
4. Menteri Wilayah Persekutuan (2004-2005)

PENGALAMAN POLITIK:

1. Ketua Pemuda Umno Negeri Sembilan (1978)
2. Ahli Majlis Tertinggi Umno (Hingga 2000)
3. Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Sembilan (hingga 2004)
4. Naib Presiden Umno (2004)

PILIHAN RAYA:

1. Mewakili Dewan Undangan Negeri (DUN) Linggi (1978-1999) dan Parlimen Jempol (2004).
2. Tidak bertanding Pilihan Raya Umum 2008.


______________________________________________________________



ZULKEFLY MOHAMAD BIN OMAR
.
.
PROFIL
.
NAMA: ZULKEFLY MOHAMAD BIN OMAR
PROFESION: AHLI PERNIAGAAN
UMUR: 45 TAHUN
TARIKH LAHIR: 14/5/1964
KELULUSAN: MASTER SAINS (UPM) & IJAZAH KOMUNIKASI (UITM)
NAMA ISTERI: SAEIAH BINTI TARMIZI
ANAK: 6 ORANG (AHMAD FAKHRURAZI 20, FARAH WAHIDAH 18 ,MOHAMAD FADLI 14,MOHAMAD FADHIL 11,FADHLIN SAKINAH 8,MOHAMAD FAWWAS 4)

JAWATAN DALAM PAS:

PESURUHJAYA PAS NEGERI SEMBILAN- 2 PENGGAL (2007 - HINGGA SEKARANG)
TIMBALAN PESURUHJAYA PAS NEGERI SEMBILAN - 1 PENGGAL - (2005 - 2007)
SETIAUSAHA BADAN PERHUBUNGAN PAS NEGERI SEMBILAN (2001-2005) EXCO
PEMUDA PAS PUSAT (2001 - 2005)
PEMANGKU KETUA PEMUDA PAS NEGERI SEMBILAN (2004 - 2005)
TIMBALAN KETUA PEMUDA PAS NEGERI SEMBILAN (2001 - 2004)
KETUA PENERANGAN PEMUDA PAS NEGERI SEMBILAN (1999 - 2001)
BENDAHARI DEWAN PEMUDA PAS SEREMBAN (1997 - 1999)
LAIN-LAIN JAWATAN:
1.PENGERUSI 'NO INCINERATOR' BROGA
2.TIMBALAN PENGERUSI TERAS KEUPAYAAN MELAYU NEGERI SEMBILAN

PENGALAMAN KERJA:
1.PENGARAH URUSAN, L & R ENTERPRISE SDN BHD.
2.PENGURUS KANAN, IS TECHNOLOGIES TELECOMMUNICATION SDN BHD.
3.PERANCANG PEMASARAN, TELEKOM MALAYSIA BERHAD.
4.EKSKUTIF PERHUBUNGAN KORPORAT, PUSAT ZAKAT SELANGOR.
5.PEGAWAI PERHUBUNGAN, KOPERASI CELCOM BERHAD.
6.PEGAWAI PERHUBUNGAN, BIRO ANGKASA.


KALAU ITU SUDAH TAKDIRNYA : CALON BN BAGAN PINANG TAN SRI ISA SAMAD

.
.
Salam Perjuangan...
.
Kalau itu sudah takdirnya maka kita kenalah terima dengan rela hati... Tan Sri Isa Samad kini sah calon BN untuk Pilihan Raya Kecil DUN Bagan Pinang...
.
Apapun kepada semua pengkritik & yg mungkin tidak bersetuju sebelum ini desas-desus TS Isa bakal menjadi calon penulis nasihatkan supaya kita terimalah dengan redha...
.
Redha untuk kita kembali merapatkan barisan... kembali bersatu... kembali berpadu teguh & bekerja sama bagi memastikan calon BN ini menang di bagan pinang... usah kita terbawa-bawa rasa... rasa tak puas hati, rasa nak sabotaj, rasa nak boikot atau rasa nak pulau terus dari berkerja...
.
Ingatlah semua itu hanya akan membawa padah bukan sahaja kepada UMNO & BN tetapi juga padah kerana kita dengan tidak langsung merelakan Melayu, Islam & Malaysia dilacur kerana telah menyumbangkan kearah kemenangan Pakatan Rakyat...
.
Penulis akui ramai juga org2 lama & baru kecewa namun perjuangan tetap perlu diutamakan... parti, kesatuan & survival Bangsa Melayu dan kemenangan adalah perkara yang tertinggi yg harus kita utamakan...
.
Namun penulis berharap rakan di Bagan Pinang sudah menyenaraikan segala kebarangkalian isu yg bakal di bawa pakatan rakyat sebagai psi-war untuk memburukkan calon BN ini. Kalau boleh senaraikan dan terus drafkan jawapan kepada isu itu mulai sekarang agar kita bersedia dengan sebarang kemungkinan...
.
Selamat berjuang... kepada Allah kita berserah segalanya... semoga kemenangan menjadi milik kita...
.
GAMBAR SEWAKTU MAJLIS PENGUMUMAN CALON BN YANG MANA PENYOKONG HADIR SEKITAR 5,000 ORG.... RAMAI TU BERBANDING SEWAKTU PAS UMUM CALON LEBIH KURANG 400 ORG JE HADIR
.
MOGA ITU SUDAH MEMBERIKAN KEMENANGAN PSIKOLOGI PUAT JENTERA BN
.







Tuesday, September 29, 2009

PILIHANRAYA KECIL DUN BAGAN PINANG - TAN SRI ISA SAMAD CALON MEMBAWA REBAH

Salam Perjuangan...

Apa yang dicari dalam pilihan raya? Imej parti atau kehendak rakyat? Ini tentulah seperti diluah mati bapak, ditelan mati emak.

Kes 1 : YB Lim Guan Eng dipenjara selama 18 bulan di bawah dua Akta, iaitu Akta Hasutan dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan, menjalani hukuman dan akhir menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang.

Kes 2: Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjara selama enam tahun atas kesalahan salah guna kuasa. Dibebaskan dari hukuman liwat kerana Mahkamah Persekutuan mendapati bukti-bukti yang dikemukakan tidak cukup kukuh untuk mensabitkan kesalahan biarpun hakim-hakim tersebut percaya wujud kejadian tersebut dan mahkamah sebelumnya telah mensabitkan kesalahan ke atasnya. Hari ini beliau menang di Parlimen Permatang Pauh dan menjadi Ketua Pembangkang di Parlimen.

Kes 3: Mat Sabu - Ada juga wakil rakyat bukan UMNO yang ditangkap berkhalwat dengan isteri orang kemudiannya dibebaskan oleh mahkamah atas sebab teknikal telah juga menang pilihan raya beberapa kali selepasnya.

Kes 4: YM Tengku Razaliegh Hamzah (Ku Li) pernah dituduh terbabit dengan skandal BMF, bertanding atas tiket S46, tetapi masih menang di Gua Musang. Malah saya percaya walau apa pun tuduhan dan tohmahan terhadap Ku Li beliau tetap akan menang di Gua Musang kerana perkhidmatannya yang baik kepada rakyat di sana.

Kes 5: Bekas Menteri Besar Selangor, Allahyarham Datuk Harun Idris didapati bersalah oleh Mahkamah atas tuduhan salah guna kuasa, menjalani hukuman penjara dan kemudiannya mendapat pengampunan yang Di Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad. Jika tidak silap saya Allahyarham turut memegang jawatan Ketua UMNO Bahagian Kuala Langat selama 3 tahun sehingga 1984. Beliau kemudiannya di pilih oleh Ku Lu untuk bertanding dalam Pilihan raya kecil Parlimen Ampang Jaya pada 1989 atas tiket Semangat 46 dan disokong oleh Pas. Sungguhpun kalah beliau tetap mendapat undi yang memberangsangkan.

Mengapa mereka masih menang biarpun sudah didapati bersalah oleh Mahkamah dan menjalani hukumannya? Jawapannya tentulah kerana rakyat di kawasannya mahukan beliau menjadi wakil mereka. Biar apa pun pandangan undang-undang dan masyarakat terhadap mereka namun mereka tetap menjadi pilihan rakyat di kawasan mereka.

PERSOALAN OH PERSOALAN

Apa pula yang dikatakan wakil yang dimahukan parti?

Apa yang dikatakan wakil yg dimahukan rakyat?

Kehendak rakyat :

Mahukah lagi penduduk bagan pinang dan negeri sembilan khas nya menerima semula TS Isa Samad? apa kata lantik badan bebas buat soal selidik nescaya majoriti rakyat negeri sembilan sudah tidak mahukan lagi TS Isa Samad... bukan tidak ingat jasa TS Isa tapi byk juga keadaan dan skandal kurang menyenangkan semasa pemerintahan beliau... senang cerita cukuplah TS Isa... sejukkan keinginan nak jawatan semula... tanyalah golongan marhen, ahli biasa UMNO... nak ke pada TS Isa??? tanya rakyat biasadan pembangkang apa imej dan pandangan mereka pada TS Isa???
.
Kehendak UMNO:
.
Suka saya merujuk kepada artikel "Teluk Kemang Tetap Mahu Isa" - Malaysia Kini.
UMNO yang nak atau rakyat yang nak?
Apakah suara individu berjawatan & perwakilan UMNO di cawangan mahupun bahagian di bagan pinang adalah serupa dan sama dengan kehendak sebenar rakyat di bagan pinang?
.
Kenapa individu berjawatan & perwakilan UMNO di cawangan mahupun bahagian di bagan pinang nak sangat TS Isa... kena di ingat rakan-rakan semua mereka-mereka itu adaah individu yg telah pun termakan budi & didokong oleh TS Isa untuk mendapatkan jawatan di bahagian dan cawangan. Jadi tidak hairan mereka berkokok sekuat-kuatnya mahukan TS Isa... Senang cerita mereka-mereka ini dibela secara langsung atau tidak langsung oleh TS Isa...
.
Itulah UMNO... masih tidak insaf lagi walhal keadaan dah dihujung tanduk tetap mahu SYOK SENDIRI tanpa mahu mendengar suara akar umbi UMNO & Rakyat... TS Isa masih mementingkan diri... apa nak jadi ni....
.
Tun Mahathir sudah tegur!
Muhyiddin Sudah Bagi Nasihat!
Najib Sudah Bagi Ingatan!
Mat Hasan juga sudah bagi isyarat!
Cuma PAK tidoLAH terus tido....! tak hirau nasib bangsa
UMNO Mau ikut terus tidur ka?
.
Malas Sendiri fikir la... %$&###@$%^

Tuesday, September 22, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI & MAAF ZAHIR BATIN




Saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh rakyat Malaysia yang beragama Islam terutama pengunjung setia Blog Idealis Malaysia ini

Saya turut memohon maaf sekiranya terdapat salah dan silap terutama dalam penulisan saya yang mungkin mengguris hati sesetengah pihak...
Namun itulah realiti... sepahit manapun kita tetap perlu menerima hakikat kebenaran
yang sebenar...

Semoga Penghayatan Terhadap Ramadhan & Ketibaan Syawal mampu menginspirasikan diri kita agar lebih gigih, bersemangat & tidak kenal erti jemu
dalam perjuangan demi membela Islam, Melayu & Malaysia...

Salam Lebaran...